Archives

now browsing by author

 
Posted by: | Posted on: August 24, 2017

Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik Melawat SMCH BSB

Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Encik Don Carlson, melawat Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB pada 22 Ogos 2017. Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB merupakan Sekolah Contoh Microsoft yang pertama di Brunei sejak tahun 2014. Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Encik Don Carlson telah diiringi oleh Encik Danial Azizan Henry, Ketua SMB, Microsoft Brunei.

Read More …

Posted by: | Posted on: August 12, 2017

2017 Jadual Waktu Peperiksaan

1. Tahun 6
2. Tahun 8 (SPE)

Posted by: | Posted on: August 7, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Jabatan Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB mengutamakan tiga Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Pelbagai peraduan telah diadakan semasa sambutan Bulan Tiga Bahasa yang diadakan pada bulan Julai 2017.

Read More …

Posted by: | Posted on: August 2, 2017

Guru Pelajaran Bahasa Cina Pelancongan Asia Melawat SMCH,BSB

19 pendidik dari rombongan “Guru Pelajaran Bahasa Cina Pelancongan Asia” tiba di Brunei pada 31 Julai 2017. Kumpulan ini berada di Kemboja, Thailand dan negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk mengadakan ceramah dan latihan mengajar bahasa Cina dan Brunei adalah perhentian terakhir mereka.

Read More …

Posted by: | Posted on: July 26, 2017

Kem Musim Panas ASEAN-China ke-10

Kem Musim Panas ASEAN-China ke-10 telah diadakan pada 26 Julai hingga 3 Ogos di Universiti Kebangsaan Guizhou, China. Rombongan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB diketuai oleh 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Sekolah. Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan HSK telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang disebutkan di atas. Kem Musim Panas ini telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat Institut Confucius (Hanban) dan dihoskan bersama oleh Universiti Kebangsaan Guizhou, China. Kem tersebut adalah acara yang istimewa yang bertujuan untuk memupuk minat dan menanamkan perasaan cinta akan bahasa Cina.

Read More …

Posted by: | Posted on: July 24, 2017

2017 Jadual Waktu Ujian 2 / Peperiksaan / Peperiksaan Untuk Matapelajaran Yang Lebih Awal

1. Tahun 1, 2 & 3
2. Tahun 4 & 5
3. Tahun 6
4. Tahun 7
5. Tahun 8 (S.P.E)
6. Tahun 9
7. Tahun 10
8. Tahun 10EX, Tahun 11 (G.C.E “O” Level) Peperiksaan Untuk Matapelajaran Yang Lebih Awal
9. Tahun 10EX, Tahun 11 (G.C.E “O” Level)
10. Tahun 10EX, Tahun 11 (G.C.E “O” Level) Trial Exam

Posted by: | Posted on: July 22, 2017

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun bagi Daerah Brunei dan Muara

Pada 23 Julai 2017, Daerah Brunei-Muara mengadakan acara ‘Ramah Mesra dan Junjung Ziarah’ sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun.

Read More …

Posted by: | Posted on: July 22, 2017

Majlis Penutup Funfair Elektronik

Sekolah Menengah Chung Hwa, B.S.B. telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini yang melibatkan semua sekolah Cina di Negara Brunei Darussalam. Acara ini telah berakhir pada 14 Julai 2017. Pada akhir acara ini, tiga orang pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan.

Read More …

Posted by: | Posted on: July 18, 2017

Notice: Kindergarden Hari Raya Celebrations

Dear Parents and Guardians;

We will be having a “ Hari Raya ” celebration on Saturday, 22nd July 2017. Please dress your child in traditional Malay outfits or wear anything GREEN on this occasion. Thank you.

From : Class Teachers of K1, K2 & K3

Posted by: | Posted on: July 14, 2017

Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke -71

Sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71, tadika Sekolah Menengah Chung Hwa BSB, telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk meraikan hari kebesaran negara.

Read More …