Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke -71

Posted by: | Posted on: July 14, 2017

Sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71, tadika Sekolah Menengah Chung Hwa BSB, telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk meraikan hari kebesaran negara.

Sambutan itu diraikan dengan beberapa aktiviti yang menarik berteraskan pendidikan dan pada masa yang sama mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan.

Pelajar-pelajar tadika telah berpeluang mendengar ceramah, turut serta dalam aktiviti soal jawab dan menyanyikan lagu selamat hari lahir. Pelajar-pelajar kelihatan amat gembira dan seronok.

Dengan adanya sambutan seperti ini, pelajar dapat mempelajari bahawa tanggal 15 bulan Julai merupakan hari ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda sultan dan tahun ini merupakan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke -71 tahun.

Guru-guru tadika telah menjelaskan lambang bendera kebangsaan dan tatacara untuk menghormati bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan kepada murid-murid tadika.

Penolong Pengetua Tadika iaitu Cik Sim Man Ling menegaskan bahawa sambutan Hari Keputeraan ini diadakan setiap tahun untuk menanam semangat patriotisme dan meningkatkan pengetahuan kewarganegaraan. Suasana meriah dan ceria sewaktu pembelajaran ini telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar tadika berasa amat seronok dalam proses pembelajaran mereka.

Pengatua Sekolah Menengah Chung Hwa Puan Kho Guik Lan telah menyatakan bahawa sambutan seperti ini amat penting bagi memupuk semangat patriotisme yang harus berakal umbi sejak dari kecil lagi.

   
   
 
   




Comments are Closed