Kem Musim Panas ASEAN-China ke-10

Posted by: | Posted on: July 26, 2017

Kem Musim Panas ASEAN-China ke-10 telah diadakan pada 26 Julai hingga 3 Ogos di Universiti Kebangsaan Guizhou, China. Rombongan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB diketuai oleh 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Sekolah. Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan HSK telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang disebutkan di atas. Kem Musim Panas ini telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat Institut Confucius (Hanban) dan dihoskan bersama oleh Universiti Kebangsaan Guizhou, China. Kem tersebut adalah acara yang istimewa yang bertujuan untuk memupuk minat dan menanamkan perasaan cinta akan bahasa Cina.

Ujian Kemahiran Bahasa Cina (HSK), ujian antarabangsa untuk penguasaan bahasa Cina, menilai kebolehan berbahasa Cina kepada bukan penutur asal dalam menggunakan bahasa Cina. Para pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa yang telah mencapai keputusan yang cemerlang mendapat ganjaran yang baik kerana semua perbelanjaan, termasuk tambang tiket penerbangan, penginapan, makanan dan pelbagai bayaran semua ditaja oleh jawatankuasa penganjur.

Sejak tahun 2008, Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China telah bergabung dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guizhou dalam usahanya untuk menganjurkan Minggu Pertukaran Pendidikan ASEAN-China. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan memperkukuh persahabatan. Minggu Pertukaran Pendidikan ASEAN-China telah berjaya diadakan selama 9 kali berturut-turut, yang melibatkan 11,834 peserta dan 2,717 institusi pendidikan di seluruh dunia di samping sebanyak 1,088 Memorandum Persefahaman dan Kerjasama telah ditandatangani.

Dengan bertemakan ” Berganding Bahu Mencapai Satu Tujuan Satu Inisiatif” Minggu Pertukaran ASEAN-China ke-10 diharapkan dapat mempromosikan lebih banyak pertukaran pendidikan dan memupuk individu-individu yang berpotensi yang akan memberikan sumbangan yang berharga kepada masyarakat.
Dianggarkan sebanyak 2,000 peserta dari China, pegawai-pegawai dari negara-negara ASEAN, wakil dari Switzerland, Rusia akan menyertai upacara pembukaan minggu pertukaran tersebut.

Pelbagai aktiviti yang berbeza akan diadakan dengan kerjasama pengetua-pengetua dari ASEAN-China, Kerjasama Remaja ASEAN-China, Pertukaran Kebudayaan ASEAN-China, Pameran Pendidikan ASEAN-China ke-3 dan Seminar Pertukaran Pendidikan dan Bakat China-ASEAN.

Sebanyak 49 acara akan diadakan bersempena dengan Minggu Pertukaran Pendidikan ini. Sebanyak 25 buah universiti dan 5 buah jabatan dari negara dan Persatuan Antarabangsa akan bekerjasama untuk menjalankan pelbagai aktiviti, terutamanya bengkel, seminar, pertandingan, kem musim panas, kursus latihan dan pameran.

5 aktiviti utama dan 23 aktiviti tambahan akan dijalankan bersempena majlis pembukaan rasmi. Beberapa aktiviti juga terbuka kepada orang ramai dengan harapan dapat memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pendidikan, teknologi dan program luar negara. Selain itu, 21 aktiviti telah diadakan di Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Beijing.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Puan Kho Guik Lan mengharapkan semua peserta selamat dalam perjalanan. “Saya harap semua peserta akan menunjukkan tingkah laku yang baik apabila anda menghadiri sebarang aktiviti. Paling penting, saya berharap anda akan mempelajari banyak pengetahuan mengenai budaya Cina, wushu, tarian dan lagu-lagu tradisional. Guizhou adalah negeri yang penuh dengan keindahan semula jadi dan saya berharap para pelajar akan menikmati keindahan warisan Guizhou yang mencerminkan warisan budaya mereka yang kaya, “jelasnya.

Guizhou yang terletak di barat daya China dan dikaitkan dengan zon dataran subtropika, dikenali sebagai “Qian” secara ringkasnya. Gunung dan bukit meliputi lebih daripada 97% kawasan Daerah Guizhou di mana pengunjung dapat melihat kawasan Kasta yang paling khas di dunia. Dengan persekitaran yang unik, topografi yang bervariasi, cuaca yang baik dan purata suhu 15 ° C menjadikan tempat ini tidak terlalu sejuk pada musim sejuk dan tidak terlalu panas pada musim panas. Dengan ini, Guiyang sesuai untuk para pelancong melawat tempat ini pada sepanjang tahun.

Wilayah terpencil dan eksotik ini adalah tanah air untuk kaum Dong, Miao, Shui dan minoriti lain. Dengan adat istiadat setempat yang canggih, kebudayaan negara yang unik dan budaya yang hebat dengan sejarah yang panjang serta banyak warisan bersejarah dan peninggalan banyak minoriti Cina, Guizhou merupakan destinasi yang ideal untuk peminat etnik dan para pengembara.

   




Comments are Closed