Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun bagi Daerah Brunei dan Muara
Posted by: admin | Posted on: July 22, 2017
Pada 23 Julai 2017, Daerah Brunei-Muara mengadakan acara ‘Ramah Mesra dan Junjung Ziarah’ sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun.
Acara ‘Ramah Mesra dan Junjung Ziarah’ diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan SMCH mewakili Masyarakat Tionghua bagi daerah Brunei Muara turut memeriahkan acara sambutan tersebut . Pada 20 Julai, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan ahli-ahli jawatankuasa majlis perayaan tiba di SMCH untuk menyaksikan persembahan koir oleh pelajar-pelajar SMCH sebagai persiapan untuk membuat persembahan semasa majlis “Sultan Bersama Rakyat” yang diadakan pada 23 Julai 2017.
![]() |
![]() |
| ▲ Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan ahli-ahli jawatankuasa majlis perayaan menyaksikan persembahan koir yang disampaikan oleh pelajar-pelajar SMCH,BSB | ▲ Pelajar-pelajar SMCH,BSB sedang membuat persembahan koir sebagai persiapan untuk majlis ‘Ramah Mesra dan Junjung Ziarah’. |
![]() |
|
| ▲ Pasukan Pancaragam SMCH sedang membuat persembahan di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh. |








Comments are Closed