Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik Melawat SMCH BSB

Posted by: | Posted on: August 24, 2017

Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Encik Don Carlson, melawat Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB pada 22 Ogos 2017. Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB merupakan Sekolah Contoh Microsoft yang pertama di Brunei sejak tahun 2014. Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Encik Don Carlson telah diiringi oleh Encik Danial Azizan Henry, Ketua SMB, Microsoft Brunei.

Ketibaan Encik Don telah disambut oleh Penolong Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Cikgu Tan Been Tiem dan para pendidik pakar Inovatif Microsoft (Microsoft Innovative Educator Expert) dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB. Ini adalah kali kedua wakil Pendidikan Microsoft Asia Pasifik melawat sekolah di Brunei Darussalam. SMCH, BSB telah mencipta penanda aras dalam Pendidikan formal Brunei dan merupakan detik terbaik untuk berkongsi pencapaian sekolah dengan Microsoft ketika meraikan ulang tahun ke-95.

Sebagai sekolah contoh Microsoft, Sekolah Menengah Chung Hwa mempamerkan amalan terbaik dalam pendidikan yang menerapkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan menyesuaikan aplikasi Microsoft, SMCH,BSB telah mewujudkan kedudukan yang setaraf di kalangan sekolah elit di dunia dan telah membuktikan transformasi berlaku dalam pendidikan hari ini.

Dalam ucapan alu-aluan, Penololng Pengetua Cikgu Tan Been Tiem mengutarakan bagaimana sekolah melaksanakan usaha-usaha yang inovatif yang menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sejajar dengan keperluan semasa yang memerlukan kemahiran abad ke-21 diterapkan dalam diri para pelajar. Guru-guru di sekolah ini banyak menggunakan aplikasi Microsoft di dalam bilik darjah terutamanya Windows 10, Office 365, OneNote Staff Notebook dan OneNote Class Notebook, Skype di bilik darjah, Sway, OneDrive dan sebagainya. Cikgu Tan menambah lagi bahawa para pelajar dan guru telah memanfaatkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. SMCH,BSB sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan mencapai lebih banyak kejayaan dan mengharapkan lebih banyak sokongan daripada Microsoft pada masa depan. Mengimbas kembali pencapaian SMCH sebagai sekolah Contoh Microsoft Brunei sejak tahun 2014, sekolah ini telah diberi peluang menyertai persidangan BETT Asia 2014, 2015 dan 2016.

Dalam ucapan Encik Don, beliau mengiktiraf komitmen sekolah dalam menyampaikan pendidikan berkualiti. Terdahulu, beliau menyatakan bagaimana perubahan yang disaksikannya dalam setiap aspek sekolah adalah selaras dengan pengiktirafan global dan menghargai kepimpinan sekolah, pengurusan dan guru-guru atas usaha gigih mereka. Bilik-bilik darjah di seluruh dunia telah berkembang menjadi sangat inovatif seperti tuntutan keperluan pelajar abad ke-21 dan memuji kelebihan teknologi dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam diri para pelajar.

Pada masa ini terdapat enam Pendidik Pakar Inovatif Microsoft (Microsoft Innovative Educator Expert) di SMCH, BSB dan sesi pembentangan oleh MIEE diatur sempena dengan lawatan Encik Don, memaparkan pelbagai aplikasi Microsoft seperti OneNote Staff Notebook dan Onenote Class Notebook, Skype, Mix Office, Sway, Minecraft dan Lifeliqe. MIEEs memaparkan projek pelajar dan memberi taklimat bagaimana pelajar mengukuhkan kemahiran mereka untuk berjaya di tempat kerja pada masa depan.

Para pelawat berpuas hati dengan lawatan ini yang turut melawat kemudahan-kemudahan sekolah. Lawatan ini termasuk melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan seperti Makmal Komputer yang digunakan oleh guru-guru komputer dan mata pelajaran yang lain.

Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem menjelaskan kepada Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik tentang perancangan SMCH, BSB pada masa depan. Hari tersebut merupakan salah satu hari yang penuh bermakna kepada SMCH, BSB kerana menjadi sekolah pertama di Brunei menerima kunjungan pelawat dari Microsoft Asia Pasifik. Hari yang bermakna ini menjadi penting kerana sekolah menghargai lawatan hormat yang diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Encik Don Carlson. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada Microsoft Brunei atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan memberikan peluang yang baik ini.

▲ Guru-guru Pakar Inovatif Microsoft dari SMCH,BSB membentangkan penggunaan Microsoft Office 365 di sekolah ini kepada Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Tuan Don Carlson. ▲ Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik dibawa melawat ke bilik Galeri Warisan SMCH,BSB diiringi oleh Penolong Pengetua, Cikgu Tan Been Tiem.
▲ Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik melawat ke bilik komputer dan berkomunikasi dengan penolong IT, Cikgu Phuah Bee Hong. ▲ Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik Don Carlsson (2 dari kanan) menandatangani skrin komputer sentuh sebagai tanda kenangan atas lawatan beliau ke SMCH,BSB.
▲ Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik. ▲ Enam orang guru pakar Inovatif Microsoft bergambar ramai dengan Don Carlson, Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik. Dari kiri:
Mary Steffy, Teo Siew Ying, Emily Tham, Kalpana kishorekumar, Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem, Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik Don Carlson, Encik Danial Azizan Henry, Pengurus Small Medium and Corporation Microsoft (Brunei) Pelatih di Microsoft (Brunei), Ketua Jabatan Komputer, Matthew Wong.
 
▲ Jawatankuasa Lawatan bergambar ramai dengan Pengarah Pendidikan Microsoft Asia Pasifik, Don Carlson.  




Comments are Closed