Ceramah Motivasi Bagi Pelajar Tahun 6 di SMCH,BSB

Posted by: | Posted on: October 18, 2017

Pada 7 Oktober, Jabatan Kaunseling SMCH telah menganjurkan Ceramah Motivati bagi pelajar tahun 6 yang bakal menempuh Peperiksaan PSR. Ceramah ini melibatkan semua pelajar Tahun 6 dan guru-guru yang mengajar Tahun 6.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar-pelajar merancang masa mereka dengan bijak dan untuk belajar secara efektif dan berkesan.

Ceramah yang bermula pada pukul 10.15 pagi di Dewan Darussalam telah mengajar pelajar-pelajar beberapa teknik untuk menentukan target dan bagaimana untuk mencapai target tersebut dengan semangat yang positif.

Kaunselor yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Cikgu Chu Say Lu dan Cikgu Yoshiko Tey Mee Ho dan slogan pada hari itu adalah “Saya Pasti Boleh! Saya Pasti Boleh! SMCH Pasti Boleh!” Lagu Tema pada hari tersebut adalah “I Believe” (Saya Percaya) yang dinyanyikan oleh Roger Yang Pei-an.

Aturcara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Pengetua Dayang Kho Guik Lan. Beliau menyarankan bahawa tujuan ceramah itu diadakan adalah untuk meningkatkan semangat pelajar, mengajar teknik menjawab soalan dan cara-cara menangani tekanan.

Pada akhir aktiviti tersebut, sesi soal jawab diadakan berserta tayangan video dari Tahun 7. Pelajar Tahun 7 juga telah membantu menjayakan acara pada hari tersebut dengan melibatkan diri dalam aktiviti membuat kad ucapan, menulis kata-kata semangat, membuat origami dan tarian beramai-ramai.

Acara ini ditutup dengan ucapan oleh Timbalan Pengetua Awang Beh Hai Yau yang percaya bahawa aktiviti itu berjaya mencapai target yang dirancangkan.





Comments are Closed