Pengumuman Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Cina

Posted by: | Posted on: August 21, 2017

Sejajar dengan objektif untuk mencintai Bahasa Cina di kalangan pelajar, Jabatan Bahasa Cina Sekolah Menengah Chung Hwa telah menganjurkan pertandingan bercerita bagi pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada 28 Julai 2017.

Seramai 24 orang peserta dari Tahun 1 hingga Tahun 3 telah menunjukkan bakat masing-masing. Pertandingan itu telah diceriakan dengan pakaian mengikut watak, props yang berwarna-warni mengikut isi cerita mereka. Watak-watak yang ditunjukkan termasuklah arnab yang bijak, pemburu yang berani, burung yang bijak dan Cinderella yang menawan.

Pertandingan itu berakhir dengan pengumuman pemenag bagi setiap kategari iaitu Yang Lecong, Samuel dari Tahun 1 Kuning, Lim Tong Xuan, Lydia dari Tahun 2 Merah dan Ang Chin Gui dari Tahun 3 Hijau.

Pengetua Dayang Kho Guik Lan, yakin bahawa pelajar harus mengasah bakat mereka dari kecil untuk mengharungi persaigan yang bakal mereka tempuh pada masa depan. Maka, itulah tujuan CCA diadakan bagi mencungkil bakat-bakat kecil ini.

Dayang Kho Guik Lan juga telah merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Bahasa Cina yang berjaya menganjurkan pertandingan itu dengan berjaya serta membawa keceriaan kepada semua yang terlibat.

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Tahun 1
Johan : Yang Leong, Samuel (Tahun 1 Kuning)
Naik Johan -1 : Koh Yen Han, Adele (Tahun 1 Biru)
Naik Johan -2 : Javinson Lim Kim Shing (Tahun 1 Kuning)
Saguhati : Liew Yee Qin (Tahun 1 Biru), Bebie Lai Wei Ting (Tahun 1 Oren),Guo Yanhong (Tahun 1 Kuning)

Tahun 2
Johan : Lim Tong Lydia (Tahun 2 Merah)
Naik Johan – 1 : Lim Xing Huey (Tahun 2 Merah)
Naik Johan – 2 : Lim Kuan Ji, Roland (Tahun 2 Kuning)
Saguhati : Alexis Lim Li Xin (Tahun 2 Merah), Kayla On Qian (Tahun 2 Merah), Fa Bao Eranio Lim (Tahun 2 Kuning)

Tahun 3
Johan : Ang Chin Gui (Tahun 3 Hijau)
Naik Johan – 1 : Mohammad Danial lee Hairol Addy Nizam (Tahun 3 Purple)
Naik Johan – 2 : Voon Xiao Nee (Tahun 3 Hijau)
Saguhati : Tan Yin Xuan (Tahun 3 Merah), Deborah Yang Yuexi (Tahun 3 Kuning), Ee Jin Cong (Tahun 3 Hijau)





Comments are Closed