Peringkat Akhir Pertandingan Nyanyian The Voice di Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB

Posted by: | Posted on: May 4, 2017

Sebagai memperingati ulang tahun ke-95 Sekolah Menengah Chung Hwa, pertandingan nyanyian The Voice telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017. Sempena pertandingan ini, Dr. Tan Kah Hock,selaku Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa telah dijemput sebagai tetamu kehormat.

Acara ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform bagi para pelajar mempamerkan bakat nyanyian dan persembahan mereka untuk lebih dikenali dan menyinar. Di samping itu, pihak sekolah juga berharap dapat menemui wajah-wajah baru yang akan menjadi penyanyi pelapis untuk beraksi pada sambutan ulang tahun yang akan datang.

Sepanjang 95 tahun sekolah dibuka dan telah menerima pelajar daripada pelbagai latar belakang. Para pelajar telah dididik untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan memupuk bakat serta kebolehan mereka. Setiap tahun, graduan SMCH telah memperolehi kejayaan mereka sendiri dalam pelbagai bidang di persada dunia. Ini telah membuktikan Sekolah Menengah Chung Hwa telah menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada setiap pelajar.

Para pelajar berasa sangat teruja dan bersemangat untuk menyertai pertandingan nyanyian ini. Pertandingan nyanyian The Voice ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar kerana ramai pelajar telah menghantar borang penyertaan. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori tadika dan rendah bawah, kategori rendah atas serta kategori menengah. Seramai 24 orang peserta daripada 219 orang pelajar telah berjaya beraksi ke peringkat akhir setelah melepasi peringkat saringan dan separuh akhir.

Pertandingan nyanyian The Voice merupakan salah satu acara yang diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-95 Sekolah Menengah Chung Hwa. Lebih banyak aktiviti dan perayaan telah dirancang sepanjang menyambut ulang tahun ke-95 ini.

Atur cara pertandingan nyanyian The Voice.

9.15 pagi Ketibaan tetamu kehormat
9.20 pagi Nyanyian Lagu Kebangsaan
9.25 pagi Kata-kata aluan daripada Puan Pengetua
9.30 pagi Ucapan oleh tetamu kehormat, Dr. Tan Kah Hock
9.35 pagiUpacara Perasmian Ulang Tahun ke-95 Sekolah Menengah Chung Hwa
9.40 pagi Memperkenalkan hakim pertandingan
9.45 pagi Persembahan pembukaan
9.50 pagi Pertandingan peringkat akhir bagi kategori tadika dan rendah bawah
10.25 pagi Persembahan pertama
10.30 pagi Pertandingan peringkat akhir bagi kategori rendah atas
11.05 pagi Persembahan kedua.
11.10 pagi Pertandingan peringkat akhir bagi kategori menengah.
11.45 pagi Ulasan daripada ketua hakim
11.50 pagi Penyampaian sijil kepada hakim pertandingan
11.55 pagi Penyampaian hadiah kepada para pemenang
12.15 pagi Menyanyikan Lagu Sekolah
12.20 pagi Sesi bergambar





Comments are Closed