Seramai 200 orang peserta menyertai Pertandingan Kaligrafi Cina SMCH

Posted by: | Posted on: January 29, 2018

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang akan datang, Sekolah Menengah Chung Hwa telah mengadakan Pertandingan Kaligrafi Cina pada 26 Januari 2018. Lebih 200 orang peserta bertanding dalam acara tahunan ini di Dewan Darussalam.

Pada tahun ini, seramai 231 orang pelajar dan anggota masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti festival ini. Pertandingan ini dibahagikan kepada 11 kategori iaitu Kategori Tahun 4 (15 peserta), Kategori Tahun 5 (28 peserta), Kategori Tahun 6 (16 peserta), Pelajar Bukan Cina (10 peserta), Kategori Tahun 7 (21 peserta ), Kategori Tahun 9 (10 penyertaan), Kategori Tahun 10 (30 penyertaan), Kategori Tahun 11 (31 penyertaan), Pelajar Menengah Bukan Cina (33 penyertaan), Kategori Terbuka (15 peserta).

Pertandingan Kaligrafi Cina adalah salah satu acara Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh sekolah setiap tahun. Acara ini bertujuan untuk mendedahkan kebudayaan Cina kepada pelajar di samping menanam minat dalam penulisan kaligrafi di kalangan generasi muda.

▲ Pertandingan Kaligrafi Cina di Dewan Darussalam SMCH. BSB.




Comments are Closed