Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Arwah Serta Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim

Posted by: | Posted on: June 8, 2018

Jabatan IRK dan guru-guru beragama Islam Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah menganjurkan Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang belajar di sekolah ini pada 7 Jun 2018 pada pukul 11.00 pagi bertempat di bilik aktiviti BM/MIB dan IRK.

Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan pada bulan Ramadhan sebagai satu usaha Jabatan IRK sekolah ini untuk memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim berupa wang tunai dan barang keperluan harian. Semoga sumbangan ini akan memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Derma kepada anak-anak yatim adalah hasil daripada sumbangan guru-guru, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan serta sumbangan daripada MPK Kg. Panchor Mengkubau. Orang ramai juga turut memberi sumbangan mereka kepada anak-anak yatim di sekolah ini. Derma ini telah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Puan Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem.

Anak-anak yatim yang telah menerima sumbangan derma tersebut adalah seperti berikut:

NAMA KELAS
MOHD AMSYARRAZIN MIRZA BIN MD ARIZZA Y1 RED
MOHD FAIRUZ FADLY BIN ABDULLAH Y3 YELLOW
MOHD SYAHRU AL HAMZI BIN HJ MD AHMZAYE Y3 BLUE
NUR NAZRATUN HADRINA BTE HADANAN Y4 YELLOW
KHAIRUL HAZIEM BIN ABDULLAH Y4 BLUE
QAISHA BALQIS BTE ABDULLAH Y4 PURPLE
ZULAIKHA ZAKIRAH BT MUSTAPA Y5 GREEN
NAWWAL NAJIHAH BT MUSTAPA Y6 YELLOW
AK AWALIUDDIN BIN PG DAMIT Y8C
▲ Pengetua SMCH,BSB menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim dan diiringi oleh Ustaz MD HAIROL HAIMI BIN HJ USOF ▲ Penolong Pengetua SMCH,BSB menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim dan diiringi oleh Ustaz MD HAIROL HAIMI BIN HJ USOF.
▲ Anak-anak yatim bergambar ramai dengan pengetua dan guru-guru yang hadir.




Comments are Closed