Perkhemahan Pengakap SMCH
Posted by: admin | Posted on: April 5, 2018Perkhemahan pasukan pengakap SMCH 1003 telah menganjurkan perkhemahan di sekolah dari 16 hingga 18 Mac 2018. Tujuan utama program tersebut untuk melatih para pengakap hidup berkumpulan dalam masyarakat. Seramai 26 orang pengakap bahagian sekolah menengah telah diarahkan memimpin 26 orang pengakap bahagian sekolah rendah dengan tujuan meningkatkan kesedaran, kesungguhan dan kesabaran dalam pasukan pengakap tersebut.
Pengetua SMCH Puan Kho Guik Lan menyampaikan taklimat bahawa kem percutian adalah satu platform untuk para pengakap belajar hidup harmoni dalam masyarakat disamping dapat mendisiplinkan diri dan menyesuaikan diri dalam kumpulan.
Majlis perasmian berlansung pada 16 Mac pukul 10.00 pagi. Program itu bermula dengan menubuhkan khemah, sesi berkenalan dan taklimat tentang peraturan-peraturan sepanjang perkhemahan itu berlangsung. Aktiviti yang dijalankan dalam tiga hari adalah seperti latihan fizikal, latihan kecemasan, pertunjukan fesyen, permainan dan cara-cara mengikat simpulan pengakap serta penggunaannya.
Pada hari terakhir kem percutian ini, semua pengakap terpaksa mengemaskan barang mereka masing-masing. Awang Yong Ken Shung selaku ketua pengawas berharap para pengkap dapat menunjukkan kemahiran pengurusan diri dan menasihati para pengakap sentiasa mendisiplinkan diri.
![]() |
![]() |
| ▲ Pembentangan Kursus Pertolongan Cemas. | ▲ Taklimat berkenaan peraturan perkhemahan untuk pengakap. |
![]() |
![]() |
| ▲ Aerobik pagi. | ▲ Latihan perarakan. |
![]() |
![]() |
| ▲ Guru menunjukkan kaedah perbalutan. | ▲ Foto kumpulan berkemah. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pengakap belajar membuat tali lengan. | ▲ Foto kumpulan tamat perkhemahan. |
![]() |
|
| ▲ Aktiviti berpasukan “knot tangan”. | |
![]() |
![]() |
| ▲ Kursus simpulan pengakap, Cikgu Gino (kanan) dan Cikgu Lim Hui Yau (kiri). | ▲ Pengakap cemerlang bersama jurulatih Mdm Kwan Fui San. |
![]() |
|

















Comments are Closed