Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Peraduan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Kaca Kali Ke-32 (1986-2018)
Posted by: admin | Posted on: August 29, 2018Pada 28 Ogos 2018, Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peraduan Menulis Esei sempena Ulang tahun KACA kali ke-32 telah diadakan di Pusat KACA, Kg. Kiulap, Bandar Seri Begawan. Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dato Paduka Hj Zainal bin Hj Momin, Presiden KACA, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah rendah.
Majlis telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Haji Awang Abd Alim bin Hj Awang Othman, Pengarah Urusan. Hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis Yang Mulia Dato Paduka Hj Zainal bin Hj Momin kepada para pemenang. Murid dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi telah memenangi Tempat Pertama Peraduan Menulis Esei bagi Kategori B dengan menerima sijil penyertaan dan wang tunai. Turut hadir di majlis tersebut ialah penolong ketua Jabatan Bahasa Melayu selaku guru pembimbing kepada murid tersebut.
![]() |
![]() |
| ▲ Murid dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi menerima hadiah daripada tetamu kehormat Yang Mulia Dato Paduka Hj Zainal bin Hj Momin, Presiden KACA. | ▲ Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi (duduk: kedua dari kiri) bergambar ramai dengan tetamu kehormat dan para pemenang yang lain. |
![]() |
![]() |
| ▲ Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi (tengah) bergambar bersama pengetua, Kho Guik Lan (kedua dari kiri), Cikgu Beh Hai Yau, Timbalan Pengetua (kedua dari kanan), Cikgu Tan Been Tiem, Penolong Pengetua (pertama dari kiri), Cikgu Thanaletchumy, penolong ketua Jabatan Bahasa Melayu (pertama dari kanan). | ▲ Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi bersama guru pembimbing Cikgu Thanaletchumy dan ibunya. |
![]() |
|
| ▲ Dhia Najla Ashila bte Mikdar Rusdi bersama guru pembimbingnya Cikgu Thanaletchumy. |










Comments are Closed