Hari Pendaftaran Kokurikulum SMCH 2019
Posted by: admin | Posted on: January 26, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan hari pendaftaran kokurikulum pada 25 Januari 2019. Pendaftran yang diadakan pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi dihadiri oleh pelajar-pelajar bahagian rendah dan menengah. Sebanyak 29 buah kelab dan aktiviti kokurikulum telah dibuka kepada pelajar dan mereka diberi peluang untuk memilih kelab yang bersesuaian dengan kemahuan dan minat masing-masing.
Aktiviti kokurikulum ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan, meningkatkan keupayaan kognitif, memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu dan menggalakkan keupayaan pelajar dalam setiap segi.
Melalui aktiviti kurikulum juga, pelajar boleh memupuk minat dan mencungkil bakat masing-masing selain memupuk nilai-nilai dan keupayaan dalam menghadapi cabaran masa depan. Aktiviti kurikulum juga dilihat dapat mengeratkan persahabatan semua pelajar daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ia juga boleh menggalakkan integrasi sosial dan memperdalam rasa sayang, tanggungjawab dan komitmen terhadap sekolah, masyarakat dan negara.
Turut hadir pada hari pembukaan di Dewan Darussalam tersebut ialah pengetua SMCH, Dayang Kho Guik Lan, diiringi oleh Cikgu Tan Been Tiem dan Awang Beh Hai Yau untuk melawat setiap kelab yang dibuka kepada pelajar.
Menurut pengetua, matlamat pendidikan utama adalah untuk memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Aktiviti ko-kurikulum tahunan yang diadakan adalah untuk membolehkan pelajar memilih aktiviti dan kelab kegemaran mereka sendiri, di sisi lain pula ia adalah platform yang terbaik untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar.
![]() |
![]() |
| ▲ Ibu bapa menemani murid-murid sekolah rendah untuk mendaftarkan keahlian kelab yang diminati | ▲ Memperkenalkan kelab tarian kepada pelajar |
![]() |
![]() |
| ▲ Memperkenalkan kelab drama kepada pelajar-pelajar | ▲ Susana dewan semasa pendaftaran kokurikulum |
![]() |
![]() |
| ▲ Kelab Pembimbing Rakan Sebaya | ▲ Pengetua Dayang Kho Guik Lan, Timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau dan Penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem bersama guru Kelab Kaligrafi Cina |
![]() |
![]() |
| ▲ Perfileman | ▲ Kelab Pencinta Alam Sekitar |
![]() |
![]() |
| ▲ Kelab Tarian | ▲ Kelab Badminton |
![]() |
![]() |
| ▲ Kelab Bola Keranjang | ▲ Pasukan Kadet Polis |
![]() |
![]() |
| ▲ Kelab Drama | ▲ Kelab Tarian Singa dan 24 Gendang |



















Comments are Closed