Perlawanan Boling Guru-Guru SMCH, BSB
Posted by: admin | Posted on: December 28, 2018Pada 24 November 2018, Persatuan Staf Sekolah Menengah Chung Hwa telah menganjurkan perlawanan boling antara guru-guru. Seramai 80 orang guru telah mengambil bahagian dalam perlawanan boling yang julung-julung kali diadakan. Tujuan perlawanan ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan persahabatan di kalangan guru-guru di samping untuk meningkatkan stamina dan kesihatan minda.
Perlawanan diadakan di Pusat Utama Bowling, Bandar Seri Begawan, acara bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Dalam pertandingan ini, para peserta telah menunjukkan kemahiran masing-masing dan memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Menurut pengetua sekolah, Dayang Kho Guik Lan, perlawanan ini amat bermakna dan merupakan salah satu aktiviti sekolah pada tahun ini. Pertandingan ini berakhir dengan suasana yang santai dan meriah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah telah menaja sebanyak B$2000.00 untuk hadiah dan piala. Acara telah dijuarai oleh pasukan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Muzik. Manakala naib juara disandang oleh pasukan Jabatan Bahasa Melayu dan tempat ketiga diraih oleh pasukan Jabatan Bahasa Cina.
![]() |
![]() |
| ▲ Peserta sedang fokus membaling bola boling | ▲ Ahli Lembaga Pengarah Sekolah YM Awang Mak Soon Seng menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah yang bernasib baik |
![]() |
![]() |
| ▲ Ahli Lembaga Pengarah Sekolah YM Awang Tan San Hock menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah yang bernasib baik | ▲ Pemenang yang mengutip mata yang paling tinggi bagi kategori lelaki Cikgu Tan Kien Leong dan kategori perempuan Cikgu Ng Lim Di bergambar bersama pengetua Dayang Kho Guik Lan |
![]() |
![]() |
| ▲ Pasukan yang muncul sebagai Johan dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Muzik bergambar bersama pengetua Dayang Kho Guik Lan | ▲ Para peserta dan penyokong pasukan masing-masing bergambar ramai |











Comments are Closed