Pelajar Cemerlang GCE Peringkat ‘O’ Berkongsi Rahsia Kejayaan Beliau
Posted by: admin | Posted on: February 15, 2019Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Sekolah Menengah Chung Hwa yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun telah berjaya memupuk ramai pelajar yang berbakat dan cemerlang.
Atas usaha berdaya maju perintis pihak sekolah telah berjaya mewujudkan budaya sekolah kelas pertama dan memupuk pelajar yang berbakat. Pada masa ini, pihak sekolah dalam usaha persediaan untuk menyambut ulang tahun sekolah yang ke-100.
Pelajar Berbakat Pencapaian Cemerlang
Keputusan Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ telah diumumkan baru-baru ini. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mendapat pencapaian yang cemerlang. Pelajar Liu Jia Hui telah mendapat keputusan 11A (9A*dan 2A).
Pencapaian yang luar biasa ini bukan sahaja menunjukkan Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB mempunyai pelajar-pelajar yang berbakat, tetapi juga membuktikan pelajar yang mempunyai kemampuan dalam pelbagai bidang serta akademik. Pada tahun lepas, seramai 96 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengambil bahagian dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Seramai 31 orang calon mendapat 5A ke atas. Peratusan pelajar yang cemerlang adalah 75%.
Selain daripada Liu Jia Hui yang mendapat 11A (9A*, 2A), terdapat juga 5 orang pelajar lain yang mendapat 9A iaitu Chua Yi En (9A, 1C), Grace Kuan Qian Tung (9A), Harry Lim Yong Xiang (9A), Hong Zhao Jing (9A) dan Hwang Chong Yu (9A).
Yang lebih menggembirakan ialah hanya terdapat 12 orang calon yang mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan GCE Peringkat ‘O’, 4 daripadanya dari sekolah kerajaan dan 8 daripadanya dari sekolah swasta. Dalam 8 orang pelajar dari sekolah swasta, 6 orang pelajar ialah pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Ini menunjukkan Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB mempunyai jumlah pelajar yang terbanyak mencapai keputusan 9A dan ke atas di seluruh negara.
Selain itu, terdapat 23 orang pelajar di seluruh negara yang mendapat keputusan 8A. Antaranya 15 orang pelajar yang mendapat 8A dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB, iaitu sebanyak 39.13 peratus.
Di samping itu, pada tahun lepas seramai 81.3% pelajar yang mendapat keputusan 4A, 5A sebanyak 75%, 6A sebanyak 72.9%, 7A sebanyak 60.4% dan 8A sebanyak 45.8%.
Bagi peratusan setiap mata pelajaran pula, selain Bahasa Cina (IGCSE 0509/0523/0547 sebagai mata pelajaran bebas), fizik, kimia dan sosiologi mencapai cemerlang 100%, subjek lain seperti Bahasa Melayu mencapai 78.1%, Bahasa Inggeris sebanyak 88.5%, Matematik sebanyak 79.2%, Matematik Tambahan sebanyak 92.7%, Biologi sebanyak 97.6%, Sains Gabungan sebanyak 81.8%, Geografi 71.8%, Perniagaan 70.7%, Komputer (ICT) 92.9%, Pendidikan Seni (ART) 83.3%, IRK 76.9% dan Perakaunan sebanyak 72.5%.
Pelajar Cemerlang Berkongsi Pengalaman
Beberapa hari yang lalu, pelajar cemerlang Liu Jia Hui telah ditemu bual semasa menerima biasiswa IBDP dari Sekolah Antarabangsa Hwa Chong Singapura. Beliau telah berkongsi pengalamannya semasa belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa dengan penuh penghargaan.
Semasa ditemu bual, Liu Jia Hui menyatakan bahawa dia berasa sangat gembira kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang. Di sini beliau mengucapkan terima kepada ibu bapa dan pihak sekolah yang telah memberi tunjuk ajar sehingga beliau berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Liu Jia Hui menjelaskan bahawa biasanya dia tidak melihat pelajaran dan peperiksaan sebagai satu tekanan tetapi membuat perkiraan dan persediaan yang sepatutnya. Cara pembelajaran inilah yang membolehkannya terus berusaha dan seterusnya menghadapi pelbagai cabaran sehingga berjaya.
Beliau berkata bahawa tidak ada jalan pintas untuk belajar. Satu-satunya cara adalah bekerja keras. Kaedah pembelajaran dan skor ujian setiap pelajar tidak sama, bergantung kepada pemahaman pelajar sendiri. Dia percaya bahawa seseorang tidak boleh menjadi ulat buku sahaja, dan tidak boleh memaksa dirinya untuk belajar siang dan malam.
Menurut Liu Jia Hui, suasana yang santai perlu diadakan untuk memudahkan seseorang belajar. Beliau mengatakan bahawa semasa di Chung Hwa, beliau merupakan seorang pelajar yang ceria dan sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Ibu bapa beliau pula tidak pernah campur tangan dalam aktiviti beliau kerana mereka mengetahui Liu Jia Hui berminat dalam pelbagai aktiviti sama ada yang bersifat akademik atau kokurikulum malah memberikan kepercayaan serta sokongan yang sepenuhnya. Keadaan ini menjadikannya lebih bersemangat dan dapat menguruskan semua kegiatannya dengan baik.
Liu Jia Hui berkata lagi bahawa walaupun kadang-kadang berasa letih untuk belajar terutamanya selepas menghadiri latihan di sekolah, beliau tetap mengingatkan diri bahawa kokurikulum dan akademik perlu diseimbangkan dan tidak boleh berputus asa semasa belajar. Beliau berpendapat bahawa asas dalam pembelajaran perlulah dilatih dan bukannya hanya menghafal buku atau belajar pada waktu pagi sebelum ujian.
Pada masa yang sama, minat dalam pembelajaran juga penting kerana minat akan menjadi motivasi seseorang untuk meneruskan pembelajaran terutamanya dalam subjek sains. Tanpa minat, pelajar tidak akan memahami pelajaran. Tanpa pengertian, pelajar tidak akan dapat menyelesaikan masalah atau mencari cara yang lebih baik atau berinovasi.
Dalam persoalan berkomunikasi pula, Liu Jia Hui tidak lupa untuk memberi peringatan kepada semua orang bahawa bantuan rakan-rakan adalah sangat penting, terutamanya dalam perbincangan akademik dan menyelesaikan tugasan-tugasan. Dalam komunikasi seharian, mereka juga tidak lupa memberi perhatian kepada persoalan akademik masing-masing.
Akhir sekali, Liu Jia Hui berharap pelajar-pelajar SMCH yang seterusnya dapat menyaingi rekod cemerlangnya untuk menambah kecemerlangan dan meningkatkan nama Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Beliau berharap pelajar bukan semata-mata belajar untuk menduduki ujian sahaja tetapi juga mencari kekuatan dan potensi diri sendiri. Liu Jia Hui turut menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu belajar pelbagai ilmu pengetahuan untuk mencari minat sendiri agar dapat menentukan masa depan serta hala tujunya.
![]() |
![]() |
| ▲ Pelajar Liu Jia Hui telah mendapat keputusan 11A (9A*dan 2A) dalam peperiksaan GCE Peringkat O pada tahun 2018. | ▲ Pengetua Puan Kho Guik Lan, Timbalan Pengetua Cikgu Beh Hai Yau dan Penolong Pengetua semasa temubual dengan Liu Jia Hui. |
![]() |
|
| ▲ Liu Jia Hui bergambar ramai dengan pengetua, timbalan pengetua, penolong pengetua dan guru kaunselor. |








Comments are Closed