Guru-guru dan Pelajar-pelajar SMCH, Melalui Pengalaman Hidup yang Menyeronokkan di Universiti Dayeh

Posted by: | Posted on: April 30, 2019

Seramai 29 orang guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB mengambil bahagian dalam kem musim panas Universiti Dayeh, Taiwan.

Pengalaman perkhemahan ini telah diadakan pada 18-28 Mac 2019 yang dianjurkan bersama oleh Taipei ekonomi dan kebudayaan pejabat di Brunei Darussalam dan Universiti Dayeh di Taiwan. Rombongan tersebut diketuai oleh 3 orang guru pemimpin dan 26 orang pelajar menengah.

Dalam kursus 11 hari itu, pelajar-pelajar telah diajar pelbagai cara kehidupan harian seperti membuat kek dan sabun, pengurusan kewangan, pengalaman kebudayaan gaya Jepun. Para pelajar juga mengambil beberapa kursus latihan kecemasan kebakaran, kejururawatan dan pengenalan animasi di Jabatan Multimedia dan lawatan-lawatan yang menarik.

Menurut laporan pengetua SMCH, Dayang Koh Guik Lan mengatakan bahawa pelajar-pelajar berasa syukur kerana berpeluang pergi ke luar negara untuk menimba pengalaman hidup, mengenali kebudayaan luar negara dan meluaskan pengetahuan mereka. Selain itu, pelajar-pelajar juga berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baharu, menikmati suasana kampus dan berkongsi pengalaman masing-masing. Pengalaman perkhemahan ini telah memberi kenangan manis dalam kehidupan persekolahan mereka.

▲ Pelajar SMCH menerima sijil penyertaan. ▲ Bergambar ramai selepas upacara perasmian.
▲ Para pelajar berasa seronok melalui pengalaman hidup di universiti bersama rakan-rakan sebaya. ▲ Pelajar cuba membuat sabun daripada minyak pati.
▲ Kursus kecemasan kebakaran yang menarik. ▲ Para pelajar berasa seronok mengikuti kursus kejururawatan.
▲ Lawatan ke ladang ternakan kambing biri-biri. ▲ Kursus memasak dan pengurusan dapur.
▲ Bergambar ramai ketika majlis perpisahan. ▲ Aktiviti menembak menggunakan senapang laser.
▲ Aktiviti fotografi. ▲ Pelajar ceria menghadiri kursus.
▲ Guru-guru membeli-belah sebelum pulang. ▲ Bergambar bersama-sama sebelum berpisah.




Comments are Closed