Lawatan Duta Republik Rakyat China ke Brunei, Puan Yang Terutama Yu Hong ke SMCH.BSB
Posted by: admin | Posted on: April 12, 2019Duta Republik Rakyat China ke Brunei, Puan Yang Terutama Yu Hong telah membuat lawatan rasmi ke Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Rombongan beliau diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan China di Brunei. Beliau berharap menerusi lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dari segi akademik antara kedua-dua belah pihak.
Beliau berkata bahawa beliau telah mendengar serba sedikit tentang latar belakang sejarah Sekolah Menengah Chung Hwa dalam tempoh lebih awal. Beliau berasa kagum dengan kegigihan dan ketekunan masyarakat tiong hua mendidik bakat-bakat yang cemerlang untuk pembangunan negara ini.
Beliau berkata bahawa perkembangan dan kemajuan sesebuah negara telah membawa perubahan kepada rakyat jelata. Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang mempunyai persekitaran geografi yang unik dan masyarakat hidup dengan aman damai. Walaupun masyarakat membesar dalam suasana yang berbeza, namun mereka dapat berkomunikasi dalam keadaan yang harmoni.
Akhirnya, beliau memuji prestasi pencapaian pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa yang amat cemerlang dan akan terus memberi bantuan dalam semua aspek khasnya dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan akademik.
![]() |
![]() |
| ▲ Bergambar ramai bersama Duta Republik Rakyat China ke Brunei dan ahli-ahli Lembaga Pengarah SMCH. | ▲ Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah SMCH menyampaikan cendera hati kepada Puan Yang Terutama Yu Hong. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pelawat bergambar ramai sebaik sahaja tiba di SMCH,BSB. | ▲ Sesi taklimat sejarah perkembangan SMCH dan bertukar-tukar pendapat. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|















Comments are Closed