Taklimat Kerjaya Bagi Pelajar Tahun 10 dan Tahun 11 SMCH BSB
Posted by: admin | Posted on: May 14, 2019Pihak Sekolah Menengah Chung Hwa telah mengadakan satu taklimat kerjaya bagi pelajar tahun 11 dan tahun 10. Pengasas majalah Inspire, Encik Shaun Hoon yang mempunyai pengalaman luas dan pengalaman bimbingan kerjaya telah dijemput untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk “Miliki masa depan anda – Kursus Luar Biasa untuk Kerjaya yang berjaya”.
Taklimat kerjaya telah diadakan di Bilik Aktiviti Bahasa Cina pada pukul 2.05 petang. Penceramah Encik Shaun Hoon telah menyampaikan beberapa cara merancang kerjaya yang berjaya pada masa akan datang berdasarkan pelbagai pengalaman. Taklimat ini amat menarik perhatian pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa. Pelbagai soalan diajukan oleh pelajar kepada Encik Shaun Hoon dalam sesi soal jawab. Pada akhir sesi taklimat, Encik Shaun Hoon telah meminta para pelajar yang menghadiri taklimat untuk menulis sebuah artikel bertajuk ‘Pentingnya Kemahiran Dalam Abad Ke-21’ yang panjangnya 150 patah perkataan. Pelajar-pelajar juga diminta untuk berfikir tentang 3 soalan, iaitu ‘Apakah sebab perlu optimis? Apakah yang perlu dilakukan jika anda tidak takut?’ dan Apakah perubahan yang boleh dibuat untuk dunia?
Artikel yang telah siap boleh dihantar kepada Encik Shaun Hoon melalui e-mel dan beliau akan memilih hasil penulisan yang terbaik. Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk menghadiri Seminar ‘Pemerkasaan Belia Brunei’ pada 7 September tahun ini. Menurut pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, aktiviti ini dijalankan sebagai persediaan untuk pelajar dalam memilih kerjaya. Antaranya memanfaatkan pelajar dengan mendedahkan para pelajar dengan pelbagai maklumat agar berpandangan jauh, untuk membantu pelajar memilih kerjaya yang profesional dan untuk mencipta kerjaya yang bermakna.
Setiap tahun, pihak sekolah sering mengadakan taklimat motivasi dan kerjaya dengan matlamat untuk menjadikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mereka dapat merancang kerjaya mereka dengan baik, membolehkan mereka untuk memahami diri dan memilih kerjaya yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka.
![]() |
![]() |
| ▲ Pembentang Encik Shaun Hoon. | ▲ Pelajar-pelajar sedang fokus mendengar taklimat. |
![]() |
|
| ▲ Encik Shaun Hoon dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa. |








Comments are Closed