Kejohanan Ping Pong Junior Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2019
Posted by: admin | Posted on: August 23, 2019Kejohanan Ping Pong Junior Negara Brunei Darussalam 2019 telah diadakan pada 7 April dan 14 April 2019, bertempat di Kompleks Sukan Menglait, Gadong. Sekolah Menengah Chung Hwa BSB telah menghantar atlet untuk bertanding dalam Kejohanan Ping Pong Peringkat Kebangsaan dan telah berjaya memenangi 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 13 pingat gangsa.
Pengetua sekolah, Dayang Kho Guik Lan gembira dengan pencapaian para atlet. Beliau berkata bahawa kejayaan tersebut adalah atas latihan berterusan para atlet dan usaha jitu daripada Jabatan Pendidikan Jasmani, SMCH. Beliau menyebut bahawa aktiviti sukan bukan sahaja menanam semangat kesukanan seseorang, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk menerima cabaran yang lain.
Atlet terbaik dimenangi oleh Chin Fong Bin dan Leong Yi. Chin Fong Bin yang memenangi perseorangan lelaki di bawah umur 13 tahun manakala Leong Yi memenangi kejuaraan beregu perempuan di bawah umur 18 tahun.
![]() |
![]() |
| ▲ Gambar semasa sesi pertandingan Ping Pong Brunei 2019. | ▲ Pasukan SMCH bergambar ramai sebelum pertandingan bermula |
![]() |
![]() |
| ▲ Pemenang-pemenang dari SMCH (dari kiri ) Alexis Lim Kai Xuan, Wong Johnson dan Leslie Chin Yi Zhen. | ▲ Para pemenang dan tetamu kehormat mengambil gambar bersama-sama dalam majlis pemyampaian pingat. |
![]() |
![]() |
| ▲ Sesi bergambar ramai para atlet dan jurutatih sekolah. | ▲ Sesi bergarmbar ramai bersama pengetua sekolah, jurulatih dan atlet sekolah. |











Comments are Closed