SMCH, BSB dan Ma’had Islam Brunei Raih Anugerah Merit dalam Pertandingan Berprestij APICTA 2019
Posted by: admin | Posted on: December 16, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa (BSB) dan Ma’had Islam Brunei berjaya mengharumkan nama negara dengan pencapaian dua anugerah merit dalam Anugerah Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2019 yang diadakan pada 18 November hingga 22 November 2019 di Ha Long Bay, Hanoi, Viet Nam.
Dengan membawakan projek masing-masing yang bertajuk ‘Tyran Maton’ dan ‘Rubbish On Demand (ROD)’ yang memenangi pertandingan BICTA 2019 telah melayakkan pasukan mereka bertanding di APICTA 2019. Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB terdiri daripada Angel Wong Chin Chin dan Liow Jia Shiuan. Kedua-dua pasukan telah dianugerahkan merit bagi Kategori Senior Student dalam pertandingan ICT berprestij antarabangsa tersebut.
Ketibaan delegasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disambut oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof yang juga selaku Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pandu ICT Brunei (BICTA) 2019.
Turut hadir, Pengerusi Persekutuan InfoCom Brunei (IFB) dan Pengerusi Bersama II Jawatankuasa Pandu ICT Brunei (BICTA) 2019, Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohammad yang juga sebagai Ketua Delegasi Negara Brunei Darussalam ke APICTA 2019; Pemangku Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Awang Haji Jailani bin Haji Buntar; serta pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan AITI.
Seramai 324 pencalonan daripada 16 ahli ekonomi bersaing dalam 25 kategori APICTA 2019 yang diadakan bermula pada 18 hingga 22 November 2019.
Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam menghantar tujuh pasukan yang terdiri daripada pemenang dan naib juara daripada pertandingan BICTA 2019, iaitu Muappy Enterprise, Buycour Marketing Services, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Neuroker Universiti Teknologi Brunei (UTB), Ma’had Islam Brunei, Sekolah Menengah Berakas dan Sekolah Menengah Chung Hwa (BSB).
Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Dayang Kho Guik Lan mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan pencapaian pasukan dari sekolah ini yang telah mengharumkan nama negara dan sekolah. Penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem yang mengiringi pasukan dari SMCH,BSB sebagai guru pengawas pasukan turut berpuas hati dengan usaha gigih pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB sehingga membawa kepada kejayaan ini. Kejayaan pasukan dari SMCH,BSB juga adalah hasil daripada usaha seluruh warga sekolah terutamanya pengetua sekolah Puan Kho Guik Lan, Cikgu Kalpana Kishorekumar, Cikgu Matthew Wong dan Awang William Wang yang terlibat secara langsung dalam sesi latihan pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada AITI yang telah memberi sokongan dan membantu pasukan Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB membuat persediaan dan latihan yang intensif.
Dibantu oleh AITI dan Infocom Federation Brunei (IFB), penyertaan Negara Brunei Darussalam di APICTA disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai inisiatif berterusan untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam ICT dengan menggalakkan individu, pelajar dan perniagaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Negara Brunei Darussalam telah mencapai dua anugerah pemenang dan 27 anugerah merit sejak menyertai APICTA pada tahun 2008.
![]() |
![]() |
| ▲ Tujuh pasukan dari Brunei berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 17 November 2019 untuk menyertai APICTA Ha Long Bay, Vietnam. | ▲ Bersedia pada hari pertandingan APICTA. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB bergambar dengan Pengiran Sarimah, Dr. Yong Chee Tuan dan Dr. Khairi. | ▲ Bergambar bersama pasukan dari Brunei. |
![]() |
![]() |
| ▲ Bergambar bersama pasukan dari Brunei. | ▲ Majlis Makan Malam sempena Majlis Penyampaian Anugerah APICTA 2019. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB menerima anugerah Merit dengan produk Tyran Maton. | ▲ Pasukan dari SMCH,BSB bergambar bersama guru pengawas Cikgu Tan Been Tiem setelah menerima anugerah Merit. |
![]() |
|
| ▲ Delegasi dari Brunei bergambar ramai ketika Malam Kebudayaan Vietnam. |














Comments are Closed