Kanak-kanak Tadika Menyambut Tahun Baharu Cina

Posted by: | Posted on: February 7, 2020

Sambutan Tahun Baharu Cina telah diadakan pada hari Rabu, 5 Februari tahun ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menyambut hari yang mulia ini secara beramai-ramai dalam suasana meriah dan harmoni.

Semasa sambutan tersebut, beberapa aktiviti telah diadakan seperti persembahan tarian tradisional, membuat kraftangan, hiasan perayaan dan 12 budaya zodiak cina, menyaksikan persembahan “tarian singa” dan lain-lain acara yang menarik perhatian kanak-kanak tadika.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa Dayang Kho Guik Lan dan penolong pengetua Sim Man Ling juga menghadiri perayaan tersebut dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama dengan kanak-kanak. Menurut penolong pengetua, sambutan ini diadakan setiap tahun di tadika dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak menikmati suasana perayaan dan memahami ciri-ciri budaya tradisional Cina sejak kecil lagi.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa Dayang Kho Guik Lan mengatakan bahawa sambutan yang dianjurkan oleh tadika untuk kanak-kanak menikmati kemeriahan kebudayaan Cina di samping meningkatkan minat kanak-kanak dalam mempelajari bahasa Cina, mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

▲ Berbaju merah sambil menari. ▲ Menari tarian tradisional bersama-sama.
▲ Mengenali 12 budaya zodiak cina. ▲ Menyaksikan pameran.
▲ Kanak-kanak memberi ucapan “Selamat Tahun Baharu Cina”. ▲ Kanak-kanak dan guru-guru tadika memberi ucapan “Selamat Tahun Baharu Cina”.
▲ Bergambar ramai bersama-sama pengetua. ▲ Kenangan manis saat-saat di tadika.




Comments are Closed