Sekolah Menengah

DSC_2211

Laporan Menengah:

Guru kepada pelajar

Setiap hari Isnin , perhimpunan akan diadakan . Aktiviti sepanjang minggu akan diumumkan. Notis pemberitahuan juga akan diedarkan untuk memberitahu para pelajar mengenai perkara-perkara penting yang akan datang. Selain daripada itu, para pelajar juga boleh membaca notis-notis yang dilekatkan di papan kenyataan sekolah.

Guru kepada ibu bapa

Semua kertas ujian dan peperiksaan disemak dan dikembalikan kepada para pelajar. Keputusan peperiksaan para pelajar akan dimasukkan dalam laman web sekolah dan para ibu bapa dapat mengetahui keputusan anak-anak mereka dengan melayari laman web ini dengan menggunakan kod-kod persendirian. Rekod kemajuan pelajar akan diberikan kepada ibu bapa melalui anak-anak mereka selepas peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Sekiranya ada perkara penting , guru akan menghubungi ibubapa melalui telefon dan membuat tamujanji.

 

Kursus Menengah

Bahagian Menengah Bawah

Bagi kelas bukan peperiksaan awam, para pelajar dikehendaki menduduki dua peperiksaan iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun di samping dua ujian bulanan.

Bagi kelas peperiksaan awam (SPE & GCE Peringkat “O”), para pelajar akan menduduki satu ujian topikal dan tiga peperiksaan iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan     dan Peperiksaan Tamat Persekolahan. Para pelajar diberi soalan peperiksaan mengikut format Peperiksaan SPE yang sepenuhnya.

Mata pelajaran yang ditawarkan bagi menengah bawah ialah bahasa Melayu termasuk Jawi, bahasa Inggeris, bahasa Cina, Matematik, Pendidikan Jasmani, Geografi, Muzik, Sains Kemasyarakatan, MIB dan Perdagangan, Seni Lukis dan Teknologi (BAT) .

Menengah Atas

Bahagian menengah atas dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran sastera dan aliran Sains. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar aliran Sains ialah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Geografi, Prinsip Akaun, Perdagangan, Sains Paduan, Seni Lukis dan bahasa Mandarin. Para pelajar dikehendaki mengambil semua mata pelajaran yang ditawarkan. Bagi mata pelajaran Geografi dan Seni Lukis, para pelajar dibenarkan memilih salah satu daripada mata pelajaran tersebut dalam Peperiksaan GCE Peringkat “O”. Para pelajar Tahun 10 juga dikehendaki mengambil pelajaran Muzik, Pendidikan Jasmani dan MIB.

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar aliran Sains ialah bahasa Melayu, MIB, bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik, Kimia, Biologi, Fizik dan bahasa Mandarin. Manakala mata pelajaran Geografi dan Prinsip Akaun adalah mata pelajaran pilihan dan tidak diwajibkan.

Kurikulum Menengah

Sekolah menengah terdiri daripada menengah rendah dan atas. Bagi pelajar-pelajar menengah rendah, mereka akan menduduki peperiksaan awam Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) pada akhir tahun semasa mereka belajar di Tahun 8. Para pelajar menengah atas pula akan menduduki peperiksaan GCE Peringkat “O” semasa belajar di Tahun 11 atau 10 Ekspres.

Menengah Rendah

Menengah rendah terdiri daripada Tahun 7 dan Tahun 8. Semua pelajar dibenarkan naik kelas walaupun tidak medapat markah purata lulus. Pelajar-pelajar yang mendapat markah 70% ke atas bagi mata pelajaran Teras akan mengikuti pendidikan menengah selama empat tahun sebelum menduduki Peperiksaan GCE peringkat O. Pelajar-pelajar yang mendapat markah 60% ke atas bagi mata pelajaran teras akan mengikuti pendidikan menengah selama lima tahun dalam aliran Sains.     Keputusan peperiksaan SPE akan menentukan aliran yang akan diambil oleh pelajar-pelajar semasa belajar di menengah atas Tahun 9.

Menengah Atas

Menengah atas terdiri daripada Tahun 9, 10 dan 11. Para pelajar dibahagikan kepada aliran Sastera dan Sains. Para pelajar akan menduduki peperiksaan GCE Peringkat “O” semasa di Tahun 11 atau Tahun 10 Ekspres.