Sekolah Rendah

DSC_6933

Laporan Sekolah Rendah

Guru Kepada Pelajar

Para pelajar menghadiri perhimpunan sekolah pada setiap hari Isnin di dewan sekolah. Pada waktu perhimpunan tersebut para pelajar dimaklumkan tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut. Maklumat penting juga akan dimaklumkan kepada para pelajar melalui surat pekeliling. Di samping itu, notis atau pemberitahuan penting juga dilekatkan pada papan kenyataan sekolah.

Guru Kepada Ibu Bapa

Semua kertas ujian dan peperiksaan yang telah disemak akan dipulangkan kepada para pelajar. Markah yang diperoleh oleh pelajar akan dimasukkan dalam laman web sekolah yang boleh dilihat oleh ibu bapa dengan menggunakan pin sulit untuk membuka laman web tersebut. Laporan pencapaian pelajar akan disampaikan kepada ibu bapa selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun selesai dijalankan. Guru akan menghubungi ibu bapa melalui telefon untuk membuat temu janji bagi sesi perbincangan jika perlu.

 

Bahagian Sekolah Rendah Bawah

Dalam bahagian sekolah rendah,murid-murid belajar mengikut sukatan yang memfokuskan sebelas bidang pelajaran . Mata pelajaran -mata pelajaran yang dipelajari termasuk Bahasa Cina ,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Melayu, Islam Beraja, Sains, Bacaan Inggeris, Jawi, Komputer ,Muzik, Pendidikan Jasmani ,Moral dan Lukisan. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu bagi mata pelajaran bahasa Melayu, Melayu Islam Beraja dan Pendidikan Agama Islam (IRK). Mata pelajaran Bahasa Cina dan Pendidikan Moral diajar dalam bahasa Cina dan mata pelajaran lain diajar dalam Bahasa Inggeris. Mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam hanya diajar kepada pelajar-pelajar beragama Islam sahaja.

Bahagian Sekolah Rendah Atas

Dalam bahagian sekolah rendah atas, murid-murid belajar mengikut sukatan yang meliputi dua belas mata pelajaran. Subjek-subjek yang dipelajari termasuklah Bahasa Cina, Bahasa Melayu termasuk Jawi, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Melayu Islam Beraja, Pendidikan Kemasyarakatan, Komputer, Muzik, Pendidikan Jasmani, Moral dan Lukisan. Walau bagaimanapun ,murid-murid hanya akan diperiksa dalam lima mata pelajaran semasa Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R). Subjek-subjek itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. dan Melayu Islam Beraja. Bahasa pengantar bagi semua subjek ialah Bahasa Inggeris melainkan mata pelajaran Bahasa Cina dan Moral diajar dalam bahasa Mandarin , Bahasa Melayu, Melayu Islam Beraja dan Pengetahuan Agama Islam diajar dalam bahasa Melayu. Mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam hanya diajar kepada pelajar-pelajar beragama Islam sahaja.