Tadika

KIds_007
kursus Tadika SMCH:

Matapelajaran yang diajarkan ialah Bahasa Cina , Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik , Pengetahuan Am , Lukisan dan Latihan Jasmani. Di dalam tiga bahasa matapelajaran ini , murid-murid akan diajarkan kemahiran dalam menulis dan membaca, pembinaan pembendaharaan kata , kemahiran tutur bahasa dan kebolehan mengeja. Kecekapan mencongkak juga dikembangkan dalam matapelajaran Matematik. Bakat dalam rekaan, keyakinan dalam diri sendiri dan kebolehan dalam pergaulan juga dikembangkan melalui matapelajaran Pengetahuan Am, begitu juga dengan Pelajaran Lukisan dan Latihan Jasmani . Ianya diperkenalkan mengikut keadaan sekeliling supaya lebih mudah dan mengembirakan murid-murid .

 

Kurikulum Tadika

Tadika terdiri daripada 3 bahagian iaitu Tadika 1,2 dan 3.  Di sinilah tempatnya guru-guru dapat membina naluri semulajadi kanak-kanak secara maksima. Murid-murid juga dibimbing supaya menaruh minat terhadap sikap positif dalam pembelajaran. Disamping itu,kanak-kanak juga diasuh kemahiran-kemahiran asas hidup yang penting .

 

Tadika 1 & 2

Pengenalan dalam bidang penulisan huruf dan perkataan -perkataan yang mudah.
Kecekapan diri sendiri.
Pergaulan.
Perkembangan Jasmani.
Perkembangan emosi.
Pengertian dalam buku-buku bacaan dan cerita.
Lukisan rekaan-rekaan .
Sajak dan nyanyian.

 

Tadika 3

Persediaan untuk masuk ke sekolah-sekolah rendah.
Latihan asas dan kecekapan membaca.
Pergaulan dan perkembangan emosi.
Latihan asas kecekapan menulis.
Lukisan rekaan dan khayalan.
Sajak, nyanyian dan halaman bercerita.
Perkembangan Jasmani.

 

Laporan Tadika

Kad laporan mengenai murid-murid akan diberikan pada pertengahan dan penghujung tahun. Para ibu bapa bagi murid-murid tadika 1&2 akan berpeluang untuk berjumpa dengan guru-guru bagi membincangkan mengenai perkembangan tahunan anak-anak mereka dan ini akan diadakan setiap tahun pada Hari IbuBapa. Pada hari penerimaan sijil , murid-murid Tadika 3 akan menerima sijil dan mereka akan mula membuat persediaan bagi memasuki darjah 1 pada tahun berikutnya

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari

http://home.chunghwa.edu.bn/kindergarten/