SMCH, BSB Berkongsi Strategi Teknologi dalam Pendidikan

Posted by: | Posted on: October 4, 2019

Microsoft Brunei telah menganjurkan satu sesi kongsi sama dalam kalangan pendidik pakar inovatif Mikrosoft pada 27 September 2019 bertempat di Avenue 41, Kiarong. Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB, Puan Kho Guik Lan dan pakar pendidik inovatif Microsoft turut menghadiri majlis yang diadakan sempema sambutan hari guru khas untuk pakar pendidik inovatif Microsoft bertemu dan bertukar-tukar pendapat berkaitan Microsoft dalam pendidikan.

Read More …


Sesi Kongsi Ilmu bersama Microsoft

Posted by: | Posted on: October 2, 2019

Majlis perjumpaan pendidik pakar Inovatif Microsoft yang dianjurkan oleh Microsoft Brunei dan dikendalikan oleh Dayang Nadia Kadir telah memberi peluang kepada pendidik pakar inovatif Microsoft dan pengetua dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dan beberapa orang pengetua sekolah swasta bertukar-tukar pendapat dan mendengar sesi kongsi ilmu yang dibentangkan oleh para pembentang pada 27 September 2019 bertempat di Bangunan Suasa, Kiarong.

Read More …


Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29

Posted by: | Posted on: September 25, 2019

Pada 23 SEPT 2019 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru ke-29 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di Negara Brunei Darussalam.

Read More …


Anugerah ICT Brunei (BICTA)

Posted by: | Posted on: September 20, 2019

Pada 13 Sept 2019, para pemenang Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2019 diraikan dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di Dewan Kuliah, The Core, Universiti Brunei Darussalam.

Read More …


Liu Jia Hui Terpilih Sebagai Salah Seorang Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Kesusasteraan Melayu Peperiksaan Gce Peringkat ‘O’ dan ‘A’

Posted by: | Posted on: September 13, 2019

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Abidin telah merasmikan Majlis Perasmian Bulan Bahasa 2019 pada 3 Julai 2019 di Dewan Bahasa Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampong Sungai Akar.

Read More …


Majlis Penyampaian Sijil Jabatan Bahasa Melayu/MIB & Jawi

Posted by: | Posted on: August 31, 2019

Pada 8 Ogos 2019, Jabatan Bahasa Melayu/ MIB dan Jawi telah mengadakan Majlis Penyampaian hadiah sebagai acara kemuncak bagi aktiviti Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi untuk meraikan para pemenang peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi yang sudah berlangsung sejak bulan Mac 2019.

Read More …


Program Motivasi Pelajar Tahun 6 (PSR) dan Tahun 11 (GCE O’level)

Posted by: | Posted on: August 30, 2019

25 Ogos 2019, lima orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung serta dua orang guru telah terpilih untuk menghadiri Program Motivasi Pelajar Tahun 6(PSR) dan Tahun 11(GCE O’level) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Read More …


Pertandingan Seni Belia Belia Asia ke-10

Posted by: | Posted on: August 30, 2019

Kejuaraan Wushu Belia Asia ke-10 telah baru berakhir baru-baru ini . Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan (SMCH,BSB) telah berjaya memenangi pingat dalam kejuaraan tersebut.

Read More …


Kejohanan Ping Pong Junior Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2019

Posted by: | Posted on: August 23, 2019

Kejohanan Ping Pong Junior Negara Brunei Darussalam 2019 telah diadakan pada 7 April dan 14 April 2019, bertempat di Kompleks Sukan Menglait, Gadong. Sekolah Menengah Chung Hwa BSB telah menghantar atlet untuk bertanding dalam Kejohanan Ping Pong Peringkat Kebangsaan dan telah berjaya memenangi 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 13 pingat gangsa.

Read More …


Kejohanan Renang Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Negara Brunei Darussalam Tahun 2019

Posted by: | Posted on: August 21, 2019

Pada 13 Mei yang lepas, Atlet Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah menyertai Kejohanan Renang Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Negara Brunei Darussalam Tahun 2019. Kejohanan ini telah diadakan di Kolam Renang, Kompleks Sultan Negara Hassanal. Sebanyak 13 buah maktab dan sekolah-sekolah telah menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Jasmani.

Read More …