Archives

now browsing by author

 
Posted by: | Posted on: January 18, 2019

Bengkel Kraftangan Anjuran Sekolah Menengah Chung Hwa

Bengkel kraftangan telah diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan pada 15 Januari 2018. Bengkel ini diadakan selama tiga hari dan sememangnya memberikan manfaat kepada pelajar. Sekolah Menengah Chung Hwa telah menjemput tenaga pengajar dari Jabatan Kesenian,Universiti Taiwan. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu berakhir pada 17 Januari 2019 telah mendapat sambutan yang menggalakkan disamping memberi manfaat kepada semua pelajar.

Read More …

Posted by: | Posted on: January 15, 2019

Lawatan Pertama Pengarah Televisyen Zhejiang China Ke SMCH BSB

Pengarah Program Televisyen Zhejiang China mengetuai lawatan krew penggambaran ke Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Lawatan awal yang diketuai oleh pengarah program Dayang Su Ying bersama 5 orang anggota kumpulan yang mengembara ke negara-negara Asia Tenggara bertujuan untuk membuat liputan tentang kehidupan masyarakat Cina untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang kebudayaan masyarakat China yang masih dipelihara di negara-negara Asia Tenggara.

Read More …

Posted by: | Posted on: January 8, 2019

Perhimpunan Sekolah Kali Pertama Tahun 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan telah mengadakan perhimpunan sekolah yang pertama pada 7 Januari 2019 di Dewan Darussalam. Perhimpunan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bermula dari awal tahun.

Read More …

Posted by: | Posted on: December 28, 2018

Perlawanan Boling Guru-Guru SMCH, BSB

Pada 24 November 2018, Persatuan Staf Sekolah Menengah Chung Hwa telah menganjurkan perlawanan boling antara guru-guru. Seramai 80 orang guru telah mengambil bahagian dalam perlawanan boling yang julung-julung kali diadakan. Tujuan perlawanan ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan persahabatan di kalangan guru-guru di samping untuk meningkatkan stamina dan kesihatan minda.

Read More …

Posted by: | Posted on: December 3, 2018

SMCH BSB Juara Peraduan Pidato Bahasa Melayu

Pada 24 November 2018, seramai 8 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, telah melayakkan diri untuk berentap di pertandingan akhir pidato Bahasa Melayu. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Hokkien Brunei Darussalam bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 persatuan tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat bagi pertandingan yang berlangsung di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei (RTB) itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Read More …

Posted by: | Posted on: November 27, 2018

2018 Year 6 Graduation Video

2018 Y6 Graduation One Shot Video

Download video: https://chmsedu-my.sharepoint.com/:v:/g/personal/socialmedia_chms_edu_bn/EUGqi0ZVnvlIiizkQoDtsbQBr6Egs-isBmIDsw4d0v029w?e=5kuAKT

————————————————————————————————————————————————————————

2018 Y6 Graduation Video – Behind the Scenes

Download video: https://chmsedu-my.sharepoint.com/:v:/g/personal/socialmedia_chms_edu_bn/EaJtUo8wTThPoOWOHBJl-UABYYFgXo2RsQfgP-tTGDFKGA?e=2xHMO8

Posted by: | Posted on: November 26, 2018

2018 Year 6 Post Exam Activity – Eco Park

2018 Year 6 Post Exam Activity – Eco Park Trailer

Download video:
https://chmsedu-my.sharepoint.com/:v:/g/personal/socialmedia_chms_edu_bn/Ef_gRZi7Y5lEkwl_Ux_omd4B2waoI-FM7RSCLzQYLUuYRg?e=PDFx8A

————————————————————————————————————————————————————————

2018 Year 6 Post Exam Activity – Eco Park

Download video:
https://chmsedu-my.sharepoint.com/:v:/g/personal/socialmedia_chms_edu_bn/EfOS1UWFuldFtrnd67N3oPoBcbZi01B88QK0zD-fw4wmUg?e=qzGJTj

Posted by: | Posted on: October 30, 2018

Pertandingan Mengarang Cerpen Anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Pelajar Tahun 9 dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Allyne Hee Chee Yien telah memenangi tempat kedua bagi pertandingan mengarang cerpen bagi Kategori Sekolah Menengah dengan menerima sijil penyertaan dan piala iringan. Hadir selaku tetamu kehormat bagi pertandingan yang berlangsung di Dewan Auditorium Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman.

Read More …

Posted by: | Posted on: October 5, 2018

Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Ke-28 Tahun 2018

Pada 30 September 2018, seramai 33 orang wakil dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang terdiri daripada penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Cikgu Ng Lim Di, guru-guru Pendidikan Jasmani dan pelajar-pelajar menyertai Larian Hari Guru. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Ke-28 Tahun 2018 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Read More …

Posted by: | Posted on: October 1, 2018

Pameran Dan Pendaftaran Ke Tadika SMCH,BSB

Pada 30 September 2018, Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah mengadakan pameran pendidikan dan menerima pendaftaran ke Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan bertempat di Pusat Beli Belah “The Mall” dan “Manggis Mall”.

Read More …