Majlis Pelancaran Buku MIB Suatu Pendekatan Edisi Mandarin

Posted by: | Posted on: October 25, 2017

Majlis Pelancaran Buku Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan Edisi Mandarin anjuran Masyarakat Tionghua telah diadakan pada 25 Oktober 2017 bertempat di Dewan Darussalam Negara Brunei Darussalam. Tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di majlis ini ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, pegawai pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, pemimpin masyarakat Tionghua, guru-guru serta pelajar sekolah.

Majlis ini juga diselajurkan dengan Peraduan Pidato Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Bukan Melayu Antara Sekolah-Sekolah Menengah Swasta Seluruh Negara dan seterusnya diikuti dengan Forum MIB. Forum MIB dipengerusikan oleh Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman @ Tan Kah Hock dan ahli panel forum terdiri daripada Dr. Awang Haji Muhammad Hadi Bin Muhammad Melayong, Haji Hashim Bin Haji Abd.Hamid dan Pengiran Dr Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin. Objektif forum ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap Falsafah Melayu Islam Beraja. Dengan ini, tajuk forum adalah bertemakan Melayu Islam Beraja.

Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB muncul sebagai juara bagi kategori Sekolah Menengah Bawah dan Menengah Atas dalam Peraduan Pidato Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Bukan Melayu Antara Sekolah-Sekolah Swasta Seluruh Negara anjuran Masyarakat Peraduan Pidato ini bertemakan Melayu Islam Beraja dan merupakan acara sampingan dalam Majlis Pelancaran Buku Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan Edisi Mandarin yang telah diusahakan oleh Masyarakat Tionghua di Negara Brunei Darussalam. Pengerusi Masyarakat Tionghua pada masa ini ialah Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Peraduan Pidato Peringkat Awal telah diadakan pada 7 Oktober 2017 dengan menjemput 14 buah sekolah swasta seluruh negara dan penyertaan bagi peringkat awal terdiri daripada 9 orang peserta bagi Kategori Menengah Bawah dan 12 orang peserta bagi Kategori Menengah Atas.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Peraduan Pidato Bahasa Melayu yang bertemakan Melayu Islam Beraja. Johan bagi Kategori Menengah Bawah disandang oleh Awang Yong Shan Ren dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB dan Johan bagi Kategori Menengah Atas disandang oleh Dayang Lee Siao Hui dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Dayang Saadia Begum dari Sekolah St.Andrew’s bagi Kategori Menengah Bawah manakala Awang Shane Lim Kai Hearn dari Sekolah St.Andrew’s muncul sebagai Naib Juara bagi Kategori Menengah Atas. Tempat ketiga bagi Kategori Menengah Bawah dimenangi oleh Dayang Allyne Hee Chee Yien dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB manakala bagi Kategori Menengah Atas dimenangi oleh Dayang Shobene Sephia Andrew dari Sekolah St.Andrew’s. Dayang Lee Siou Hui telah muncul sebagai pemidato terbaik dengan kutipan markah yang paling tinggi di antara 6 peserta yang bertanding di peringkat akhir. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehomat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

▲ Dayang Lee Siao Hui (Juara Kategori Menengah Atas dan Pemidato Terbaik) ▲ Awang Shane Lim Kai Hearn (Naib Johan Kategori Menengah Atas)
▲ Dayang Shobene Sephia Andrew (Tempat Ketiga Kategori Menengah Atas) ▲ Yong Shan Ren (Johan Kategori Menengah Bawah)
▲ Dari Kiri: Dayang Saadia Begum, Dayang Shobene Sephia Andrew, Awang Shane Lim Kai Hearn, Dayang Lee Siao Hui, Dayang Allyne Hee Chee Yien, Awang Yong Shan Ren ▲ Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam menyampaikan piala kepada Dayang Lee Siao Hui, Juara dan Pemidato Terbaik Peraduan Pidato Bahasa Melayu
▲ Bergambar ramai dengan tetamu kehormat




Comments are Closed