Timbalan Pengurus Antarabangsa Institut Confucius (Hanban) melawat SMCH, BSB
Posted by: admin | Posted on: July 27, 2017
Timbalan Pengurus Antarabangsa Ibu Pejabat Institut Confucius (Hanban), Zhang Yuan melawat Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Objektif lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dengan pengetua dan guru-guru SMCH serta menerima cadangan mengenai HSK.
Pengetua SMCH, Puan Kho Guik Lan, Ketua Jabatan IT, Encik Wong Yong Sheng dan guru Jabatan Bahasa Cina, Cikgu Wong Yee Mee dan Cikgu Sng Siok Ching menyambut kehadiran tetamu dengan mesra.
Semua tetamu kehormat kemudiannya dibawa ke bilik persidangan untuk menghadiri sesi ceramah, diikuti dengan aktiviti melawat galeri seni, melihat para pelajar belajar bahasa Cina melalui permainan dan menghadiri majlis penyampaian anugerah kem “Electronic Paradise” yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB.
“Baru-baru ini, dengan kebangkitan negara China, bahasa dan budaya Cina semakin penting dan budaya Cina yang meluas pasti memberi manfaat kepada peningkatan Bahasa Cina,” kata Pengetua Kho Guik Lan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hanban atas sokongan yang berterusan kepada sekolah-sekolah Cina di luar negara, termasuk SMCH. Beliau menyatakan bahawa Sekolah Menengah Chung Hwa telah menjadi pusat ujian HSK selama 11 tahun sejak 2007, dengan bantuan Ibu Pejabat Institut Confucius (Hanban).
Beliau juga menjelaskan bahawa calon HSK bukan sahaja terdiri daripada guru dan pelajar SMCH, tetapi juga pelajar dari sekolah Cina lain dan beberapa pegawai kerajaan. Sesetengah daripada mereka adalah penceramah bukan Cina.
Beliau kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Hanban atas sokongan kewangan yang diberikan semasa Kem Remaja Han Yu Qiao. Beliau menyatakan bahawa bayaran perjalanan telah dikecualikan untuk para peserta dan ini memang menarik kepada kebanyakan pelajar. Beliau berharap Hanban akan menawarkan lebih banyak peluang kepada pelajar cemerlang untuk mengambil bahagian dalam kem itu.
Akhir sekali, pengetua berharap Hanban akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar Brunei untuk memohon biasiswa atau bantuan kewangan apabila mereka melanjutkan pengajian di China. Sehingga kini, hanya beberapa orang pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke China. Beliau percaya bahawa lebih banyak kerjasama perlu diwujudkan dalam hal ini.
Dalam ucapannya, Timbalan Pengurus Antarabangsa, Zhang Yuan mula mengucapkan terima kasih kepada layanan mesra Sekolah Menengah Chung Hwa. Beliau juga memuji SMCH atas pencapaian cemerlang dan menjadi pusat ujian selama 11 tahun.
Beliau berkata bahawa sejak ditubuhkan, Hanban telah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mewujudkan kerjasama dengan pusat ujian di seluruh dunia supaya peperiksaan dapat dijalankan dengan lancar. Semua kerja keras ini telah berjaya mendapat maklum balas yang positif.
Selepas itu, Zhang Yuan turut memperkenalkan proses menghantar guru Hanban ke luar negara dan merekrut sukarelawan. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, Institut Confucius telah berkembang dengan pesat dan kini terdapat lebih daripada 500 Institut Confucius dan lebih daripada 1000 Kelas Confucius di 138 negara. Terdapat lebih 100,000 guru sambilan, sukarelawan dan kakitangan di seluruh dunia.
Beliau menekankan bahawa SMCH mempunyai sejarah pendidikan yang panjang dan seorang guru yang sangat baik pasti dapat membawa kejayaan dalam sebuah sekolah. Inilah teras dalam meneruskan kelangsungan sebuah sekolah. Oleh itu, Hanban tidak teragak-agak untuk menyokong SMCH sebagai pusat ujian HSK.
Zhang Yuan turut menyatakan bahawa untuk mengukuhkan kerjasama dengan SMCH, Hanban menyediakan dua orang guru untuk mengajar di Sekolah Menengah Chung Hwa. Matlamatnya adalah untuk membawa kerjasama yang lebih mendalam dan lebih lanjut mengenai HSK.
Akhir sekali, perbincangan yang mendalam berkaitan HSK terkini, operasi ujian, pertukaran maklumat dan biasiswa telah diadakan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|










Comments are Closed