Lembaga Pengarah SMCH melawat penulis tempatan Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain
Posted by: admin | Posted on: January 29, 2018YB Ong Tiong Oh, Pengerusi Lembaga Pengarah SMCH, BSB bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pengetua sekolah menyampaikan sumbangan sebanyak $ 5,000 kepada Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, pengarang buku ‘Melayu Islam Beraja: Suatu Pendekatan’. YB Ong Tiong Oh mewakili masyarakat Tionghua mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana memberi kebenaran untuk menterjemahkan buku beliau ke dalam bahasa Mandarin.
Acara itu diadakan di kediaman pengarang di Jalan Pasir Berakas pada 27 Januari. Beberapa orang pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama turut hadir dalam acara tersebut. Buku edisi mandarin ini bertujuan untuk mempromosikan Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) kepada masyarakat Tionghua tempatan dan juga kepada orang-orang asing dan pelancong.
Penulis, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin berkata, beliau berasa gembira melihat penerbitan terjemahan bahasa mandarin buku itu dan usaha masyarakat Tionghua, guru dan kakitangan dari SMCH yang menjalankan kerja terjemahan dengan bersungguh-sungguh.
Penulis mengucapkan penghargaan kepada Komuniti Masyarakat Tionghua dalam mempromosikan konsep MIB yang merupakan falsafah pentadbiran negara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan. Dengan buku edisi mandarin itu, beliau percaya bahawa ia akan memberi manfaat kepada masyarakat Tionghua di Brunei, untuk memahami konsep MIB. Beliau menyebut bahawa buku tersebut juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa versi, seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Edisi mandarin buku ‘Melayu Islam Beraja: Suatu Pendekatan’ telah diterbitkan pada akhir bulan September 2017 sebagai penghormatan sambutan Jubli Emas di samping mempromosikan konsep Melayu Islam Beraja kepada masyarakat Tionghua tempatan agar mereka lebih memahami hal ehwal berkaitan agama dan undang-undang Negara Brunei Darussalam.
![]() |
![]() |
| ▲ YB Ong Tiong Oh, Pengerusi Lembaga Pengarah SMCH. BSB (pertama dari kiri) dan Mdm Kho Guik Lan memberi sumbangan kepada Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin. | ▲ Beramah mesra dengan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para tetamu di kediaman penulis. | ▲ Wawancara RTB dengan YB Ong Tiong Oh. |
![]() |
![]() |
| ▲ Foto pengarang dengan YB Ong Tiong Oh, ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pengetua sekolah. | ▲ Foto bersama-sama dengan pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama。 |











Comments are Closed