Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, Mengadakan Sambutan Hari Ibu dan Hari Kanak-kanak

Posted by: | Posted on: May 14, 2018

Tadika SMCH,BSB mengadakan sambutan Hari Ibu dan Hari Kanak-kanak pada hari Sabtu, 12 Mei 2018. Acara ini diraikan untuk menunjukkan rasa hormat dan sayang mereka serta mengucapkan terima kasih kepada ibu mereka. Murid-murid Tadika menyambut Hari Ibu dengan menyanyikan lagu, membaca puisi dan menyerahkan kad Hari Ibu, dan bunga yang dibuat oleh mereka sendiri semasa pelajaran seni dan kraftangan. Hasil tangan murid-murid Tadika diberikan kepada ibu masing-masing sebagai hadiah Hari Ibu. Ramai ibu bapa menghadiri acara ini untuk menyaksikan anak-anak mereka membuat persembahan. Kanak-kanak berasa gembira menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan membuat persembahan tarian. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan Selamat Hari Kanak-Kanak kepada semua murid.





Comments are Closed