Pertandingan DEKON Sempena Hari Keputeraan KDYMM ke-72

Posted by: | Posted on: August 2, 2018

Pasukan DEKON Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan DEKON anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun Peringkat Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Tahun 2018.

Pertandingan akhir itu berlangsung pada 30 Julai 2018 bermula jam 8.30 malam di pentas perayaan Bandar Seri Begawan. Pertandingan itu juga dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum iaitu Yang Mulia Awang Mohamed Jais Bin Haji Abdul Rahman. Sebanyak lapan buah sekolah menghantar wakil bagi pertandingan peringkat saringan dan lima pasukan terbaik layak ke peringkat akhir. Pasukan DEKON Sekolah Menengah Chung Hwa yang diwakili oleh Vareen Ang Ya Xun (10 Sains 2), Rameshah Tariq Buller (10 Sains 1) dan Muhammad Nur Izham Saifullah Putra Bin Manjanai (9 Sains 1) dengan sajak bertajuk ‘Negeriku’ telah mendapat saguhati dan menerima sijil penghargaan serta cenderamata daripada pihak penganjur. Pasukan Dekon dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah dibimbing oleh Cikgu Siti Roslina bt. Mat Fauzi. Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah penolong pengetua sekolah Cikgu Tan Been Tiem, guru-guru dan ibu bapa.

Pertandingan ini merupakan pengalaman bermakna kepada peserta sekolah kerana pertandingan ini telah mencungkil bakat mereka dan mereka memberikan persembahan yang membanggakan dalam mendeklamasi sajak menerusi lakonan. Pihak Jabatan Pendidikan Kokurikulum berharap agar lebih banyak penyertaan daripada para pelajar dalam memartabatkan puisi Melayu di Negara Brunei Darussalam.

Pengetua sekolah Dayang Kho Guik Lan mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan yang baik.

▲ Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB semasa mempersembahkan Dekon. ▲ Dekon yang dipilih bertajuk Negeriku.
▲ Cikgu Siti Roslina bt. Mat Fauzi sebagai guru pembimbing menerima sijil dan piala. ▲ Rameshah Tariq Buller menerima sijil dan piala.
▲ Vareen Ang Ya Xun menerima sijil dan piala. ▲ Muhammad Nur Izham Saifullah Putra Bin Manjanai menerima sijil dan piala.
▲ Bergambar ramai dengan pengetua, timbalan pengetua dan penolong pengetua.




Comments are Closed