Taklimat Kepada Ibu Bapa Tahun Satu

Posted by: | Posted on: January 22, 2019

Pada 18 Januari 2019, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa bagi Tahun satu dan lebih daripada 180 orang ibu bapa telah menghadiri taklimat tersebut.

Matlamatnya adalah untuk memberi penerangang tentang kurikulum pembelajaran tahun satu kepada ibu bapa agar pelajar boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan sekolah rendah dengan lebih cepat.

Acara itu diadakan di Dewan Boon Pang dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Taklimat ini merangkumi sukatan pelajaran, buku-buku teks, kaedah penilaian dan kaedah penerapan pengajaran dan pembelajaran yang dibentangkan oleh tenaga pengajar bagi setiap subjek iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pengetua Sekolah, Puan Kho Guik Lan berkata peralihan dari tadika ke sekolah rendah merupakan titik perubahan utama bagi pelajar tahun satu. Selain itu, ia juga merupakan tahap yang paling penting dalam perkembangan pembelajaran sekolah rendah. Pihak sekolah berharap ibu bapa dapat membantu guru-guru untuk menemani dan membimbing anak mereka serta memberi perhatian kepada pembelajaran dan prestasi mereka dalam semua aspek.

Beliau percaya bahawa sesi taklimat ini akan membantu ibu bapa untuk lebih memahami kurikulum tahun satu, supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dengan lebih cepat dan mempunyai keberanian dan keupayaan untuk menghadapi pembelajaran dan cabaran masa depan.
Ketika taklimat itu, para guru juga bertukar-tukar pendapat dengan ibu bapa cara untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

▲ Penerangan tentang mata pelajaran Bahasa Cina ▲ Penerangan mengenai mata pelajaran Matematik
▲ Pengenalan mengenai penggunaan Kelas Dojo ▲ Penyertaan ibu bapa ketika taklimat
▲ Sesi soal jawab guru-guru dengan ibu bapa ▲ Kehadiran Ibu bapa yang menggalakkan ketika sesi taklimat pada pagi tersebut




Comments are Closed