Sambutan Tahun Baharu Tionghoa di Tadika SMCH BSB

Posted by: | Posted on: February 17, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah menyambut Tahun Baharu Tionghoa pada hari Khamis, 14 Februari 2019. Acara ini bermula dengan nyanyian lagu kanak-kanak dan diikuti dengan bacaan puisi dalam Bahasa Mandarin, diikuti dengan persembahan tarian oleh guru-guru dan murid-murid Tadika.

Sesetengah ibu bapa menyaksikan persembahan anak-anak mereka sambil mereka juga bergerak mengikut alunan muzik dan lagu. Kanak-kanak berpakaian tradisional Tionghoa dan menonton persembahan dengan penuh kegembiraan. Cikgu Sim Man Ling (Penolong Pengetua, Tadika) berkata “Acara seumpama ini amat berguna untuk mengcungkil bakat yang terpendam dalam kalangan kanak-kanak sejak umur yang muda lagi serta ia juga dapat mengekalkan tradisi Cina”.

Turut hadir di Majlis Sambutan Tahun Baharu Tionghoa ialah Pengetua Dayang Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem. Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasukan tarian singa yang membuat persembahan dan memasuki bilik-bilik darjah dan seluruh kawasan tadika sebagai simbol membawa tuah kepada tuan rumah.





Comments are Closed