11 Orang Pelajar Dari SMCH,BSB Menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan GCE Peringkat O Tahun 2018
Posted by: admin | Posted on: May 9, 2019Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta dan Unit Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) pada pagi ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan 2018 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level (Peringkat Lanjutan)/International Baccalaureate, Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level (Peringkat Biasa)/IGCSE, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Majlis berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan.
Berangkat ke majlis ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz beserta kerabat yang mana salah seorang anaknda Yang Amat Mulia adalah penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2018.
Hadir selaku tetamu Khas di majlis pada pagi ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Seramai 290 orang pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Pendidikan Swasta seluruh negara telah menerima anugerah mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:-
i) Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards
ii) Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘A’ Level/International Baccalaureate
iii) Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘O’ Level/IGCSE
iv) Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate
v) Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
vi) Anugerah Khas (Unit Pendidikan Khas) dan
vii) Anugerah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD)
Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE). Bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang pula, mereka menerima trofi, sijil penghargaan, wang tunai dan hadiah sumbangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Manakala bagi penerima-penerima Anugerah Khas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), mereka akan menerima wang tunai $1000 bagi penerima BC-GCE ‘A’ Level, $800 bagi penerima BC-GCE ‘O’ Level dan $500 bagi penerima Penilaian Sekolah Rendah (PSR).
Antara tujuan dan objektif Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam, sebagai dorongan serta galakan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat dalam meraih kecemerlangan pada masa hadapan, sebagai menunjukkan sikap pemedulian secara berterusan Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan, untuk memberikan penghargaan kepada ibu bapa/penjaga agar memberi sokongan dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak mereka dan untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun dalam mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Awam.
Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Awang Mohd Aqiel Hidayat@Mohd Azhar bin Haji Zulfa Hidaya, pelajar Pra Umum 1 Ibnu Yunus Assadafi dari Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Johan Kategori D Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, kemudian diikuti dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Awang Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, pelajar Tahun 10GP2 dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) yang merupakan Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara Tahun 2018.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Ali Hazis bin Haji Muhamad Tahir, Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan seterusnya penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
11 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan yang telah menerima Anugerah Pelajar cemerlang adalah seperti berikut:
![]() |
![]() |
| ▲ Liu Jia Hui. Best Across Nine Cambridge O Level “First Place”. Anugerah Pelajar Cemerlang 9A*2A | ▲ Harry Lim Yong Xiang. Top Ten in the World bagi Mathematics Syllabus D GCE O Level. Best Across Seven Cambridge O Level Second Place. Anugerah Pelajar Cemerlang 8A*1A |
![]() |
![]() |
| ▲ Deon Tang Kwang Yao. Anugerah Pelajar Cemerlang 6A*2A1B1C | ▲ Chua Yi En. Anugerah Pelajar Cemerlang 4A*5A1C |
![]() |
![]() |
| ▲ Grace Kuan Qian Tung. Anugerah Pelajar Cemerlang 8A*1A | ▲ Hong Zhao Jing. Anugerah Pelajar Cemerlang 3A*6A |
![]() |
![]() |
| ▲ Hwang Chong Yu. Anugerah Pelajar Cemerlang 6A*3A | ▲ Wong Shin Ling. High Achievement in Sociology, GCE O Level |
![]() |
![]() |
| ▲ Eric Ryan Graeme. Top in Brunei Darussalam bagi Additional Mathematics, GCE O Level | ▲ Leong Qi Rui. Top in Brunei Darussalam in Combined Science, GCE O Level |
![]() |
|
| ▲ Brian Chin Ngee Kiat. Top in Brunei Darussalam in Combined Science, GCE O Level |
Kriteria pemilihan pelajar cemerlang adalah seperti berikut:
a. Mendapat 8 “O” Level dan ke atas
b. Memperoleh Agreget 10 dan ke bawah
c. Mendapat Gred ‘A’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
d. Memperoleh cemerlang A* bagi sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran
![]() |
![]() |
| ▲ Pengetua SMCH,BSB Puan Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem turut hadir di majlis tersebut. | ▲ Pelajar dari SMCH,BSB Liu Jia Hui menerima Anugerah Pelajar Cemerlang daripada tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pelajar Liu Jia Hui bergambar dengan pengetua Puan Kho Guk Lan. | ▲ Para pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem. |
![]() |
|
| ▲ Para pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan ibu bapa pelajar bergambar ramai dengan pengetua dan penolong pengetua. |





















Comments are Closed