SMCH menyertai Pertandingan Mangahigh Kali Ke-2
Posted by: admin | Posted on: May 13, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa telah menyertai Pertandingan Mangahigh Kali Ke-2. Sekolah ini telah mendapat markah tertinggi dan menduduki tangga teratas dalam rantau Asia-Pasifik. Penyertaan amat menggalakkan dari pelajar Tahun 1 hingga Tahun 11 yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan telah berjaya merangkul sebanyak 286 pingat emas. Antara syarat untuk mendapatkan pingat emas ialah seseorang peserta perlu mendapat 150 mata bagi markah peribadi. Dalam pertandingan ini, Sekolah Menengah Chung Hwa telah mendapat mata maksimum setinggi 757 mata. Sekolah ini telah menjadi juara selama dua tahun berturut-turut.
Pada tahun 2017, Sekolah Menengah Chung Hwa telah memenangi sebanyak 258 pingat emas, 84 pingat perak, 151 pingat gangsa dan sejumlah 493 pingat. Mangahigh adalah satu pertandingan matematik atas talian di mana sekolah-sekolah seluruh dunia akan bersaing. Pelajar akan menerima pingat mata dengan melengkapkan permainan blok dan aktiviti-aktiviti Mangahigh. Pertandingan berlangsung dari 19 hingga 30 November 2018 dan dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh dunia. Guru-guru boleh memberikan kursus-kursus tertentu atau meminta pelajar untuk melengkapkan aktiviti yang disyorkan secara berdikari oleh pengajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran peribadi mereka.
Menurut Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah telah mengambil bahagian dalam cabaran permainan matematik antarabangsa ini dan berjaya mencapai keputusan yang luar biasa dan ia amat memberangsangkan. Mereka telah menyumbangkan semangat dan tenaga untuk menyelesaikan cabaran permainan matematik yang unik dan mencabar. Pertandingan ini akan menggalakkan pelajar dan meningkatkan semangat penerokaan dan inovasi. Mangahigh merupakan satu permainan yang sangat menarik dan mencabar serta menggalakkan pemahaman ilmu. Slogan di laman web Mangahigh adalah “Main matematik, Cintai Matematik” dan bertujuan untuk mendedahkan generasi akan datang dengan pembelajaran matematik yang pelbagai dan mencabar serta unik bagi merangsang imaginasi pelajar. Seramai 120,000 sekolah telah mendaftar menjadi ahli Mangahigh. Laman web ini menawarkan pelbagai jenis soalan, termasuk aritmetik, algebra, geometri, ukuran, statistik dan pengagihan.

▲ Pengetua Puan Kho Guik Lan bergambar ramai dengan pelajar dan guru-guru yang memenangi Pingat dalam Pertandingan Mangahigh.





Comments are Closed