Kursus Pembangunan Profesional Guru-Guru SMCH
Posted by: admin | Posted on: April 5, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa B.S.B telah menjalankan kursus pembangunan professional tahunan untuk guru-guru sekolah ini pada 15 dan 16 Mac 2019. Sebagai salah satu sekolah yang terkemuka di negara ini, SMCH, B.S.B telah mengadakan kursus ini bagi mengasah kemahiran guru-guru melalui pendekatan baharu, teknologi terkini yang boleh digunakan semasa sesi pengajaran untuk meningkatkan pencapaian para pelajar.
Untuk mencapai matlamat pendidikan yang berkualiti, Sekolah Menengah Chung Hwa, B.S.B telah menjalankan kursus yang bermanfaat bagi guru-guru dan pentadbir sekolah. Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa B.S.B berkata, pendidikan pada abad ke-21 telah menjadi semakin mencabar. Oleh itu, para guru dan pihak pentadbiran sekolah perlu bersiap sedia mencari cara untuk mendidik para pelajar dengan pembelajaran yang lebih berkesan pada masa akan datang melalui cara mempelbagaikan kemahiran dan pengayaan teknik pengajaran di dalam kelas.
Kursus yang diadakan selama dua hari ini telah dimulakan dengan bengkel oleh Awang Benson Li yang telah menyampaikan bengkel mengenai ‘Pengurusan Tekanan Emosi’. Melalui bengkel, para guru dapat mempelajari cara-cara untuk mengawal emosi mereka semasa sesi pengajaran di dalam kelas.
Pada hari kedua pula, pengetua sekolah iaitu Dayang Kho Guik Lan telah berkongsi pengalaman beliau semasa mengikuti persidangan APEID UNESCO ke-19. Selepas itu, kursus ini diteruskan dengan bengkel yang bertajuk “The Leader in Me” yang telah disampaikan oleh Dayang Tan Been Tiem selaku penolong pengetua sekolah dan Dayang Kalpana Kalpana Kishorekumar. Semasa kursus “The Leader in Me” ini, para guru telah mempelajari teknik-teknik kepimpinan untuk digunakan semasa dalam sesi pengajaran mereka. Kursus selama dua hari ini telah membantu para guru dalam mengawal emosi mereka semasa di dalam kelas dan mempelajari teknik kepimpinan yang perlu ada pada setiap guru.
Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, B.S.B berharap agar guru-guru dapat mempraktikkan teknik-teknik yang dipelajari sepanjang kursus ini untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam akademik pada masa yang akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |















Comments are Closed