Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Rendah

Posted by: | Posted on: November 26, 2019

Pertandingan ini dianjurkan oleh Syarikat Rong Mei dengan kerjasama Sekolah Menengah Chung Hwa. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam mewarna dan melukis di samping mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam bidang seni lukis.

Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan sekolah rendah bawah (tahun 1-3) dan kumpulan sekolah rendah atas (tahun 4-6). Peserta mesti menyiapkan lukisan dan mewarna dalam masa 2 jam dengan menggunakan kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Selepas pertandingan itu, semua hasil para peserta akan dihantar kepada panel penilaian yang dilantik oleh pihak penganjur. Panel penilaian memilih pemenang daripada kalangan peserta mengikut peraturan pertandingan dan akhirnya mengumumkan pemenang bagi setiap kumpulan.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Dayang Kho Guik Lan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih kepada penaja yang memberi sokongan penuh untuk menjayakan aktiviti tersebut.

▲ Murid-murid sedang mewarnakan lukisan mereka. ▲ Murid-murid sedang mewarnakan lukisan mereka.
▲ Pertandingan sedang dijalankan. ▲ Pertandingan sedang dijalankan.
▲ Hasil kerja peserta. ▲ Wakil penaja menyampaikan hadiah kepada pemenang.
▲ Para pemenang kumpulan sekolah rendah atas. ▲ Para pemenang kumpulan sekolah rendah bawah.




Comments are Closed