Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan dan Penyampaian Derma Kepada Anak Yatim Bagi Pelajar-Pelajar SMCH, BSB

Posted by: | Posted on: May 10, 2021

Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim merupakan aktiviti tahunan Jabatan IRK, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Majlis tersebut disertai oleh para pegawai dan guru-guru ugama Jabatan IRK, guru-guru Jabatan Bahasa Melayu, guru-guru Jabatan MIB yang menghabiskan bacaan 30 Juzuk al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan mengikut pembahagian Juzuk masing-masing.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan guru-guru membaca al-Quran di samping menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan dengan memperbanyak amal ibadah pada bulan Ramadhan yang mulia menerusi pembacaan al-Quran.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Haji KamirulAzman bin Haji Kula dan diikuti dengan bacaan surah ad-Dhuha hingga surah an-Nas yang diketuai oleh Cikgu Haji Mohd Hairul Haimi bin Haji Usop. Majlis juga tutut diserikan dengan bacaan Tahtim dan laungan Dikir Asyraqal oleh guru-guru, pelajar-pelajar dan diikuti dengan bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Cikgu Haji KamirulAzman bin Haji Kula.

Pada majlis tersebut itu juga diselajurkan dengan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim yang disampaikan oleh Puan Kho Guik Lan, Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Pengetua dan pelajar-pelajar (berugama Islam) sekolah berkenaan. Objektif penyampaian derma kepada anak-anak yatim adalah untuk meringankan perbelanjaaan dan bebanan mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Cikgu Haji Mas Akmal Rizal bin Haji Taha.

▲ Puan Kho Guik Lan, Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menyampaikan derma kepada anak yatim yang belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB ▲ Puan Kho Guik Lan, Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menyampaikan derma kepada anak yatim yang belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB
▲ Guru-guru berugama Islam dan anak-anak yatim bergambar ramai dengan pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Puan Kho Guik Lan (duduk:kelima dari kiri), timbalan pengetua, Cikgu Beh Hai Yau (duduk: keenam dari kiri) dan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem (duduk: keempat dari kiri).




Comments are Closed