Pertandingan Penerbitan Filem Pendek dengan tema “Kecantikan Sekolah Menengah Chung Hwa“
Posted by: admin | Posted on: May 10, 2021Pertandingan Penerbitan Filem Pendek dengan tema “Kecantikan Sekolah Chung Hwa” yang pertama di Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah diumumkan keputusannya pada 9 Mei 2021. Tiga pemenang telah berjaya menambat hati para hakim dengan filem yang menggambarkan kecantikan Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB.
Pemenang pertama diraih oleh Joshua Hee Yit Wei dan Edwynna Thian Xin dari Tahun 11Sc1, tempat kedua dimenangi oleh Thien Zhi Feng dari Tahun 8A manakala tempat ketiga dimenangi oleh Clement Kueh Jiaw Zhi dari Tahun 9SC1.
Selaras dengan aktiviti publisiti sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB buat julung kalinya mengadakan pertandingan ini untuk menunjukkan warisan sejarah sekolah yang kaya, pencapaian cemerlang sekolah, tradisi cemerlang menjalankan sekolah dan semangat yang diwarisi dari zaman berzaman, serta mencerminkan kebudayaan yang unik. Jabatan Seni Lukis, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Komputer tahun ini bersama-sama menganjurkan Pertandingan Penerbitan Filem Pendek dengan tema “Kecantikan Sekolah Chung Hwa”.
Penghakiman adalah berdasarkan kriteria pemarkahan seperti kesesuaian (40%), kreativiti (30%), Keunikan (30%). Penghakiman telah dilakukan oleh lima orang hakim yang dilantik oleh pihak sekolah.
Kandungan penyertaan tidak boleh melibatkan kandungan lucah, ganas, diskriminasi kaum atau agama, dan tidak boleh bercanggah dengan undang-undang dan peraturan Brunei.
Para pemenang pertandingan tersebut adalah seperti di bawah:
Tempat Pertama
Joshua Hee Yit Wei dan Edwynna Thian Xin dari Tahun 11SC1 dengan tajuk “SMCH membawa Kegembiraan dan Kejayaan” menerima hadiah wang tunai $250.00 dan sijil.
Tempat Kedua
Thien Zhi Feng dari Tahun 8A dengan tajuk “Penuh Cerita”, menerima hadiah wang tunai $250.00 dan sijil.
Tempat Ketiga
Clement Kueh Jiaw Zhi dari Tahun 9SC1 dengan tajuk “Kecantikan Sekolah Chung Hwa” menerima hadiah wang tunai $150.00 dan sijil.
![]() |
![]() |
| ▲ Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Puan Kho Guik Lan (kiri) menyampaikan hadiah dan sijil pertandingan penerbitan filem pendek “Kecantikan Sekolah Chung Hwa” kepada pemenang tempat pertama Joshua Hee Yit Wei (ke-2 dari kiri) dan Thien Xin (ke-3 dari kiri), dan timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau (pertama dari kanan). | ▲ Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Puan Kho Guik Lan (kiri) menyampaikan hadiah dan sijil pertandingan penerbitan filem pendek “Kecantikan Sekolah Chung Hwa” kepada pemenang tempat kedua Thien Zhi Feng (tengah), dan timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau (kanan). |
![]() |
![]() |
| ▲ Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Puan Kho Guik Lan (kiri) menyampaikan hadiah dan sijil pertandingan penerbitan filem pendek “Kecantikan Sekolah Chung Hwa” kepada pemenang tempat ketiga Clement Kueh Jiaw Zhi (tengah), dan timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau (kanan). | ▲ Para pemenang pertandingan bergambar bersama pengetua Puan Kho Guik Lan (barisan belakang, ketiga dari kiri), timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau (barisan belakang, ketiga dari kanan), Ketua jabatan Seni Lukis Cikgu Tan Kien Leong (barisan belakang, kedua dari kanan), penolong Jabatan Perkembangan Pelajar Cikgu Woo Min Meng (barisan belakang pertama dari kanan), Dayang Sia Tieng Tieng dari Jabatan Teknologi Maklumat (barisan belakang kedua dari kiri) dan Cikgu Zhang Qingfu (barisan belakang pertama dari kiri). |









Comments are Closed