Pameran Buku dan Kaligrafi Cina
Posted by: admin | Posted on: May 18, 2021Seramai 25 orang pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah menyaksikan pameran buku dan tulisan Kaligrafi Cina yang dianjurkan oleh Persekutuan Seni dan Kesenian Cina Brunei pada 16 Mei 2021. Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan budaya Cina, memperkenalkan penulis dan karya Cina Brunei, mempromosikan seni khat dan memperkenalkan tulisan khat tempatan. Terdapat 7 gerai pameran utama, termasuk seni khat, lukisan, ukiran, seni teh, fotografi dan pameran buku.
Pada sebelah pagi, seramai 25 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang diketuai oleh pengetua Puan Kho Guik Lan dan lima orang guru termasuk Cikgu Lee Fong Ho, Cikgu Thien Chiao Ling, Cikgu Tan Mee Lan, Cikgu Li Hao dan cikgu Zhang Qingfu, datang melawat pameran itu dan memberi respons positif serta menyertai aktiviti kebudayaan dan seni tempatan Cina.
Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Puan Kho Guik Lan menegaskan bahawa budaya tradisional Cina mempunyai sejarah yang panjang, luas dan mendalam. Aktiviti pemerhatian dan pertukaran pendidikan sekolah ini bertujuan menjadikan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB lebih sedar dan mencintai budaya dan seni Cina yang berwarna-warni. Dengan ini para pelajar dapat merasai pengalaman dan menghargai keindahan budaya dan melihat hasil seni Cina dengan lebih dekat.
Pameran kesusasteraan dan seni kebudayaan Cina secara keseluruhannya merupakan aktiviti yang sangat menarik dan memberi banyak manfaat kepada pengunjung. Lawatan ke pameran ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba lebih banyak pengetahuan tentang budaya, sastera dan seni Cina. Pendek kata lawatan ke pameran ini telah merangsang semangat pelajar untuk mempelajari budaya Cina dengan lebih mendalam dan menyedari pentingnya menghargai warisan budaya nenek moyang terdahulu.
![]() |
![]() |
| ▲ Para pelajar gembiran menyaksikan pameran. | ▲ Para pelajar mengambil peluang untuk bergambar berlatarbelakangkan hasil pameran. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pelajar berasa kagum menyaksikan pameran kebudayaan Cina. | ▲ Pengetua Puan Kho Guik Lan turut menyaksikan pameran. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB mengambil peluang untuk menulis tulisan khat Cina. | ▲ Para pelawat berpeluang menulis tulisan khat Cina. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pelawat menyaksikan demonstrasi tulisan khat Cina. | ▲ Para pelajar bergambar ramai dengan pengetua dan jawatankuasa pameran. |













Comments are Closed