Kolaborasi Pendidikan Antara Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB dan Sekolah Rendah Bukit Timah, Singapura
Posted by: admin | Posted on: May 10, 2021Pada 22 April 2021 seramai 33 orang pelajar Tahun 6 Merah dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dan Sekolah Rendah Bukit Timah Singapura mengadakan pembentangan projek secara langsung (pertukaran video dalam talian) mengenai kebudayaan negara masing-masing.
Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB mengambil inisiatif ini untuk memenuhi keperluan pelajar untuk meluaskan pengetahuan mereka melalui pertukaran projek atas talian peringkat antarabangsa. Setiap sekolah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menyiapkan projek tentang kebudayaan negara masing-masing.
Para pelajar dari kedua-dua buah sekolah akan memuatnaik projek mereka ke dalam Microsoft Teams. Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB akan membaca kesemua bahan projek yang dibuat oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah Bukit Timah, Singapura dan begitulah sebaliknya.
Dalam tempoh dua minggu, para pelajar akan membaca kesemua projek yang dimasukkan dalam Microsoft Teams dan akan menyediakan beberapa soalan untuk ditanya semasa persidangan video yang diadakan pada 22 April 2021. Kedua-dua buah sekolah akan bertukar-tukar pendapat melalui projek mereka yang memperkenalkan kebudayaan negara masing-masing.
Pada 22 April 2021, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB dan Sekolah Rendah Bukit Timah, Singapura bertemu atas talian melalui platform Microsoft Teams. Para pelajar Tahun 6 Merah berkumpul di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh pada pukul 8.00 pagi dan acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Puan Kho Guik Lan dan diikuti oleh ucapan oleh pengetua Sekolah Rendah Bukit Timah, Singapura.
Acara ini telah berlangsung selama satu jam 30 minit dengan jayanya. Para pelajar dari kedua-dua buah sekolah telah berjaya mengajukan pelbagai soalan mengenai projek yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar dari kedua-dua buah sekolah ini. Semua soalan yang dikemukakan ini telah dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar tentang kebudayaan kedua-dua buah negara yang mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri.
Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menjelaskan bahawa kerjasama yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB dan Sekolah Rendah Bukit Timah, Singapura telah memberi pengalaman yang baharu kepada para pelajar dan mendapat banyak manfaat dari segi proses pembelajaran yang dilalui oleh para pelajar. Beliau berharap usaha seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
| ▲ Guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB bergambar bersama guru dan pelajar di Sekolah Rendah Bukit Timah Singapura di hadapan skrin video. Dari kiri ke kanan baris hadapan: Cikgu KALPANA KISHORE KUMAR, Cikgu Anjelin Po, Cikgu Fang Wei Ping, timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau, pengetua Puan Kho Guik Lan, Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem, Cikgu Zeenat Roza, Cikgu NOORAIHAN BTE ABDUL HAMID. |
▲ Pengetua Puan Kho Guik Lan menyampaikan ucapan alu-aluan. |
![]() |
![]() |
| ▲ Kolaborasi pendidikan atas talian sedang berlangsung. | ▲ Perbincangan secara langsung dilakukan melalui platform Microsoft Teams. |
![]() |
![]() |
| ▲ Salah seorang pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Bertanya soalan. |
▲ Guru-guru dan pelajar-pelajar mengakhiri persidangan atas talian dengan lambaian tangan. |











Comments are Closed