Pihak sekolah menawarkan bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar :- Biasiswa Pencapaian yang Cemerlang Dalam Bidang Akedemik . Biasiswa ini dipohon oleh para penuntut di bahagian menengah yang mencapai prestasi akademik yang cemerlang sama ada dalam peperiksaan sekolah atau peperiksaan awam setiap tahun . Dermasiswa :Para pelajar yang menghadapi masalah kewangan boleh memohon bantuan kewangan daripada pihak sekolah .
Permohonan untuk biasiswa dan dermasiswa ini dibuka pada bulan Januari setiap tahun. Borang permohonan boleh diperolehi dari pihak sekolah .