Sambutan Hari Ibu di Tadika SMCH,BSB

Posted by: | Posted on: May 8, 2021

Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 7 Mei 2021 bertempat di ruang legar bangunan Tadika dengan tema “Kasih Sayang”. Murid-murid tadika menyediakan hadiah kepada ibu masing-masing yang dihasilkan oleh murid-murid tadika sendiri sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada ibu tersayang.

Read More …


Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Juara Pertandingan Matematik Olympiad ke-21

Posted by: | Posted on: May 7, 2021

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mucul juara dalam Pertandingan Matematik Olympiad Sekolah Rendah Asia Pasifik Ke-21 yang dianjurkan oleh Sekolah Antarabangsa Hua Chong, Singapura. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menjadi tuan rumah bagi sekolah-sekolah rendah di Brunei dengan mengendalikan pertandingan ini.

Read More …


Sebelas Orang Guru dan Pelajar Memenangi Pertandingan Esei

Posted by: | Posted on: May 2, 2021

Majlis Anugerah Peraduan Esei Pelajar Cina Sedunia ke-21 telah diadakan pada 1 Mei 2021. Seramai sebelas orang guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mememenangi peraduan tersebut.

Read More …


Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China Ke Negara Brunei Darussalam Menderma Buku Kepada Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB

Posted by: | Posted on: April 28, 2021

Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China Ke Negara Brunei Darussalam melawat ke Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB pada 27 April 2021 untuk mendermakan 2430 buah buku bagi pihak Persatuan Luar Negara China “Huaxing Book House”.

Read More …


Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Meraih 7 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 12 Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Ping Pong Remaja Peringkat Kebangsaan

Posted by: | Posted on: April 27, 2021

Para peserta Kejohanan Ping Pong Remaja Peringkat Kebangsaan telah mengharumkan nama sekolah dengan kemenangan para peserta meraih 7 pingat emas, 9 pingat perak dan 12 pingat gangsa.

Read More …


Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Menyambut Hari Bumi

Posted by: | Posted on: April 22, 2021

Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB mengadakan sambutan Hari Bumi pada 21 April 2021 sempena Hari Bumi sedunia yang disambut pada 22 April setiap tahun.

Read More …


Kursus Pembangunan Guru

Posted by: | Posted on: March 27, 2021

Pada 13 dan 14 Mac 2021, para guru Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah menjalankan latihan dan aktiviti perkongsian bersama pada waktu cuti sekolah. Aktiviti berkenaan bertujuan meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah ini.

Read More …


Seminar Pendidikan Microsoft SMCH,BSB

Posted by: | Posted on: March 26, 2021

Sekolah Menengah Chung Hwa BSB telah mengadakan “Seminar Pendidikan Microsoft 2021” (EDUDAY 2021) pada 12 dan 13 Mac 2021. Seminar ini membolehkan para guru mempelajari perkembangan pendidikan terkini melalui integrasi teknologi. Majlis pembukaan seminar tersebut yang diadakan di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh dihadiri oleh Pengurus Pemasaran Microsoft (Brunei) iaitu Afif Muhamed Ali. Beliau menyampaikan ucapan pada hari pertama seminar tersebut.

Read More …


Pertandingan Orientasi Rentas Negara

Posted by: | Posted on: March 21, 2021

Persatuan Pengakap Brunei telah menyertai “Pertandingan Orientasi Rentas Negara 2021” pada hari Ahad, 14 Mac 2021 dari pukul 2 petang hingga 6 petang yang bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas. Dalam pertandingan ini, pasukan pengakap Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Read More …


Aktiviti Menjaga Kesihatan dan Mencergaskan Badan di Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB

Posted by: | Posted on: March 10, 2021

Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, B.S.B telah mengadakan aktiviti ‘Mengajar Kanak-kanak Untuk Membesar Dengan Sihat’ pada 10 Mac 2021. Pada hari itu, keadaan di tadika sekolah ini sangat meriah dengan gelak ketawa dan kegembiraan. Kanak-kanak tadika bermain permainan kesihatan secara berkumpulan dengan perasaan gembira dan riang.

Read More …