Murid-Murid Tadika Melawat Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja

Posted by: | Posted on: August 13, 2019

Murid-murid tadika Sekolah Chung Hwa, telah melawat ke Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja pada 10 Ogos 2019 (Sabtu). Rombongan ini telah diketuai oleh Pengetua Tadika Sekolah Chung Hwa dan guru-guru.

Read More …


Jadual Waktu Ujian 2 / Penilaian Berkala2 Tahun 1 ~ Tahun 11

Posted by: | Posted on: August 10, 2019

Read More …


Pertandingan Lukisan “Beauty of China”

Posted by: | Posted on: August 2, 2019

Pertandingan Lukisan “Beauty of China” diadakan dengan jayanya pada 1 Ogos 2019 yang lalu. Lebih daripada 400 orang pelajar dari 19 buah sekolah rendah di Brunei telah menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dalam pertandingan lukisan bertema “Keindahan Negeri China” atau “Beauty of China”. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kedutaan China di Brunei dan Kementerian Pendidikan Brunei. Pertandingan lukisan “Beauty of China” ini bertujuan untuk memperkenalkan keunikan negara China dalam kalangan kanak-kanak di samping untuk meningkatkan pemahaman dan mengeratkan persahabatan antara kedua-dua buah negara.

Read More …


2019 Jadual Waktu Ujian Tahun 6 / Tahun 8 / Tahun 11

Posted by: | Posted on: July 10, 2019

Read More …


Majlis Membaca Tahlil Dan Doa Arwah Serta Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim SMCH BSB Bagi Tahun 2019M / 1440H

Posted by: | Posted on: June 3, 2019

Bersempena dengan Sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini, Bahagian Agama dan Akhlak, Jabatan IRK, Sekolah Menengah Chung Hwa BSB telah mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah pada 21 Mei 2019. Majlis ini diselajurkan dengan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim, bertempat di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh, Sekolah Menengah Chung Hwa BSB.

Read More …


Ceramah Kesedaran HIV dan AIDS Daripada Agensi AIDS Brunei

Posted by: | Posted on: May 16, 2019

Bandar Seri Begawan, Dalam usaha untuk mengukuhkan pemahaman pelajar tentang pengetahuan dan pencegahan AIDS, Sekolah Menengah Chung Hwa BSB baru-baru ini menjemput penceramah daripada Agensi AIDS Brunei Darussalam pada 25 April 2019 untuk memberikan taklimat berkenaan pencegahan AIDS kepada remaja.Tema program itu ialah “Program kesedaran HIV untuk remaja” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berhormat Awang Iswandy Ahmad.

Read More …


Taklimat Kerjaya Bagi Pelajar Tahun 10 dan Tahun 11 SMCH BSB

Posted by: | Posted on: May 14, 2019

Pihak Sekolah Menengah Chung Hwa telah mengadakan satu taklimat kerjaya bagi pelajar tahun 11 dan tahun 10. Pengasas majalah Inspire, Encik Shaun Hoon yang mempunyai pengalaman luas dan pengalaman bimbingan kerjaya telah dijemput untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk “Miliki masa depan anda – Kursus Luar Biasa untuk Kerjaya yang berjaya”.

Read More …


SMCH menyertai Pertandingan Mangahigh Kali Ke-2

Posted by: | Posted on: May 13, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa telah menyertai Pertandingan Mangahigh Kali Ke-2. Sekolah ini telah mendapat markah tertinggi dan menduduki tangga teratas dalam rantau Asia-Pasifik. Penyertaan amat menggalakkan dari pelajar Tahun 1 hingga Tahun 11 yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan telah berjaya merangkul sebanyak 286 pingat emas. Antara syarat untuk mendapatkan pingat emas ialah seseorang peserta perlu mendapat 150 mata bagi markah peribadi. Dalam pertandingan ini, Sekolah Menengah Chung Hwa telah mendapat mata maksimum setinggi 757 mata. Sekolah ini telah menjadi juara selama dua tahun berturut-turut.

Read More …


Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Pei Min Miri Melawat SMCH, BSB

Posted by: | Posted on: May 11, 2019

Pihak pentadbiran Sekolah Menengah Pei Min, Miri telah melawat ke Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan pada 04 Mei 2019. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan mewujudkan hubungan dua hala dan saling bekerjasama demi meningkatkan kemajuan sekolah masing-masing.

Read More …


11 Orang Pelajar Dari SMCH,BSB Menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan GCE Peringkat O Tahun 2018

Posted by: | Posted on: May 9, 2019

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta dan Unit Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) pada pagi ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan 2018 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level (Peringkat Lanjutan)/International Baccalaureate, Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level (Peringkat Biasa)/IGCSE, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Majlis berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan.

Read More …