2019 Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 1 ~ Tahun 11)

Posted by: | Posted on: April 17, 2019

Read More …


Dua Orang Pelajar SMCH Menerima Biasiswa Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura

Posted by: | Posted on: April 16, 2019

Liu Jia Hui dan Harry Lim Yong Xiang telah berjaya mendapat biasiswa penuh bagi tahun 2019-2020 untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura bagi peringkat IBDP Diploma. Kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang telah terpilih menerima biasiswa setelah mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan BC- GCE peringkat “O” pada tahun 2018. Liu Jia Hui telah mendapat biasiswa penuh setelah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 11A (9A*2A) di dalam peperiksaan tersebut . Manakala Harry Lim Yong Xiang juga memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 9A (8A*1A) dalam Peperiksaan Cambrige GCE peringkat “O” dan akan mengikuti Program IB selama dua tahun di Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura.

Read More …


Lawatan Duta Republik Rakyat China ke Brunei, Puan Yang Terutama Yu Hong ke SMCH.BSB

Posted by: | Posted on: April 12, 2019

Duta Republik Rakyat China ke Brunei, Puan Yang Terutama Yu Hong telah membuat lawatan rasmi ke Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Rombongan beliau diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan China di Brunei. Beliau berharap menerusi lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dari segi akademik antara kedua-dua belah pihak.

Read More …


Kursus Pembangunan Profesional Guru-Guru SMCH

Posted by: | Posted on: April 5, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa B.S.B telah menjalankan kursus pembangunan professional tahunan untuk guru-guru sekolah ini pada 15 dan 16 Mac 2019. Sebagai salah satu sekolah yang terkemuka di negara ini, SMCH, B.S.B telah mengadakan kursus ini bagi mengasah kemahiran guru-guru melalui pendekatan baharu, teknologi terkini yang boleh digunakan semasa sesi pengajaran untuk meningkatkan pencapaian para pelajar.

Read More …


29 orang pelajar dan guru dari SMCH, BSB menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Taiwan

Posted by: | Posted on: March 18, 2019

29 orang pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah menyertai lawatan sambil belajar ke Universiti Taiwan dari 18 Mac hingga 28 Mac 2019.

Read More …


Hari Ibu Bapa Tadika SMCH, BSB

Posted by: | Posted on: March 18, 2019

Pada 14 Mac 2019, telah diadakan satu perjumpaan Hari Ibu Bapa Sekolah Tadika bagi Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Tujuan Hari Ibu bapa Sekolah Tadika ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang dan lebih memahami pembelajaran kanak-kanak di tadika, memahami konsep pendidikan alaf baharu serta meningkatkan komunikasi antara guru dan ibu bapa.

Read More …


Majlis Penghargaan Untuk Pasukan Tarian Singa SMCH,BSB

Posted by: | Posted on: March 12, 2019

Bandar Seri Begawan, 11 Mac 2019. Alumni Sekolah menengah Chung Hwa telah mengadakan majlis penghargaan kepada pasukan Tarian Singa sekolah di kediaman awang Tan San Hock, Ahli Lembaga Pengarah SMCH,BSB. Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah di atas usaha dan komitmen gigih pasukan tersebut mengadakan persembahan tarian singa bagi mengumpul dana sekolah sempena Tahun Baharu Cina yang lalu.

Read More …


SMCH, BSB Meraih Tempat Kedua Dalam Cabaran Ria Bacathon 2019

Posted by: | Posted on: March 7, 2019

Cabaran Ria Bacathon telah diadakan pada 4 Mac 2019 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Acara ini merupakan acara sampingan bagi Pesta Buku Brunei 2019 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Sekolah Menengah Chung Hwa telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu Eloise Tan Li Ming dari Tahun 6 Merah, Joshua Hung Ji Chien dari Tahun 6 Merah dan Nur Khairunnisa Binti Abdullah Hamirul Hamdi dari Tahun 6 Kuning.

Read More …


SMCH, BSB Muncul Juara dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 1B

Posted by: | Posted on: March 5, 2019

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 1B telah diadakan pada 3 Mac 2019 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah muncul sebagai juara keseluruhan seperti yang telah dijangka.

Read More …


Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan

Posted by: | Posted on: February 25, 2019

Masyarakat Tionghua di Brunei telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 pada 20 Februari 2019 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Berangkat ke majlis ini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Read More …