Hari Pertama Persekolahan Tahun 2021

Posted by: | Posted on: January 4, 2021

Pada 4 Januari 2021 merupakan hari pertama persekolahan dibuka bagi tahun 2021.

Read More …


JADUAL PEPERIKSAAN KEMAJUAN PELAJAR (SPE) 2020

Posted by: | Posted on: October 24, 2020

Read More …


T4 World Education Week – Persidangan pendidikan dalam talian terbesar di dunia

Posted by: | Posted on: October 5, 2020

Ratusan sekolah terkemuka di seluruh dunia akan mempamerkan konsep dan amalan pengajaran.

Pautan Persidangan: https://www.eventbrite.dk/e/t4-world-education-week-tickets-1169514720


JADUAL WAKTU PENILAIAN AKHIR TAHUN 2020

Posted by: | Posted on: October 2, 2020

Read More …


Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Diiktiraf sebagai “Microsoft Showcase School” 2020-2021 Buat Kali Ketujuh

Posted by: | Posted on: September 30, 2020

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB dengan bangganya mengukir namanya dalam sejarah pendidikan Brunei apabila diiktiraf oleh Microsoft sebagai “Microsoft Showcase School” bagi tahun 2020 – 2021 buat kali ketujuh berturut-turut sejak tahun 2014. Pengiktiran ini diberi berdasarkan dedikasi pihak sekolah dalam menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang inovatif, transformatif dan peribadi.

Read More …


2020 YEAR 6 / 8 / 11 EXAMINATION TIMETABLE

Posted by: | Posted on: August 12, 2020

Read More …


NOTICE: To All Parents / Guardians

Posted by: | Posted on: April 22, 2020

First of all, I would like to express my gratitude for your cooperation and support given to the school since the outbreak of COVID-19.

During this testing time, we are faced with various difficulties and challenges, especially when providing online learning opportunities. In view of this, the school’s Board of Directors have decided that every student will receive a one-time online learning subsidy of BND $50 during this period (30 March 2020 – 14 May 2020).

The subsidy will not be given out in the form of cash, but waived from students’ school fee in June. Therefore, parents need not come to school to collect the subsidy.

Thank you very much.

Read More …


NOTICE: YEAR 6 PSR ENTRY FORM

Posted by: | Posted on: April 1, 2020

Dear Parents / Guardians,

You may complete the registration of PSR Examination online now. Please follow the steps below:
1. Visit our school website at www.chunghwa.edu.bn
2. Download the PSR Entry Form (CLICK HERE TO DOWNLOAD FORM)
3. Fill up the form completely
4. Please scan the entry form, student’s birth certificate and IC ( if any ) as well as the payment slip, and send out to the CLASS DOJO


Pembatalan Peperiksaan Brunei Cambridge General Certificate Of Education (BC GCE) ‘O’, ‘AS’ Dan ‘A’ Level Dan Brunei Cambridge International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) Sesi Mei/Jun 2020

Posted by: | Posted on: March 25, 2020

VIA ​Kementerian Pendidikan, Berakas / 30 Rejab 1441 bersamaan 25 Mac 2020 – Berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19, keutamaan Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar serta guru-guru dan orang awam amnya.

Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengambil keputusan untuk tidak mengendalikan semua peperiksaan antarabangsa bagi sesi Mei/Jun 2020. Bagi Negara Brunei Darussalam, peperiksaan-peperiksaan yang tidak akan dikendalikan adalah Brunei Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), Brunei Cambridge General Certificate of Education (BC GCE) ‘O’, ‘AS’ dan ‘A’ Level yang mana telah dijadualkan akan bermula pada bulan April sehingga bulan Jun 2020.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan sedang bekerjasama dengan pihak CAIE untuk memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar-pelajar tidak akan terjejas dengan mewujudkan satu penilaian alternatif. Kementerian Pendidikan akan memaklumkan mengenai langkah-langkah dan tindakan-tindakan seterusnya apabila perkara ini selesai dibincangkan bersama dengan pihak CAIE.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian pertanyaan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan melalui 2380630 pada waktu bekerja dan emel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesks@moe.gov.bn


Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Dalam Talian (Online) Penggal Persekolahan Ke-Dua

Posted by: | Posted on: March 25, 2020

VIA Kementerian Pendidikan, Berakas / 30 Rejab 1441 bersamaan 25 Mac 2020 – Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi semua sekolah rendah, menengah, pusat-pusat tingkatan enam, sekolah- sekolah vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga termasuk sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah swasta akan bermula pada hari Isnin, 05 Syaaban 1441 bersamaan 30 Mac 2020 SECARA DALAM TALIAN (ONLINE). Bagi sekolah-sekolah antarabangsa, pengajaran dan pembelajaran juga SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) akan bermula pada tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing.

Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjaga serta terhindar daripada sebarang kemungkinan jangkitan, pelajar-pelajar akan dikehendaki untuk TERUS BERADA DI RUMAH dan mengikuti pembelajaran secara dalam talian melalui pelbagai landasan mengikut kapasiti sekolah masing-masing sama ada melalui Emel, Google Docs, WhatsApp, Video Conference, Microsoft Teams dan platform media sosial atau sebarang aplikasi telekomunikasi yang bersesuaian. Selain itu, pihak sekolah juga akan memberikan home-pack learning bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet. Pendidikan melalui rancangan TV juga akan dilaksanakan sebagai sokongan tambahan pengajaran dan pembelajaran melalui media massa.

Untuk makluman, pihak sekolah juga telah mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) masing- masing bagi menjaga kesejahteraan guru-guru dan warga sekolah dengan memberikan kelonggaran bagi warga sekolah yang termasuk dalam kategori vulnerable sepertimana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan termasuk mereka yang sedang mengandung, untuk bertugas dari rumah kediaman masing-masing (Work From Home, WFH). Pelaksanaan kaedah WFH juga diselaraskan dengan kaedah flexible working arrangements bagi semua warga perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 06/2020.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 2382396 pada waktu pejabat sahaja.