SMCH, BSB Muncul Juara dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 1B

Posted by: | Posted on: March 5, 2019

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 1B telah diadakan pada 3 Mac 2019 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah muncul sebagai juara keseluruhan seperti yang telah dijangka.

Read More …


Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan

Posted by: | Posted on: February 25, 2019

Masyarakat Tionghua di Brunei telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 pada 20 Februari 2019 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Berangkat ke majlis ini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Read More …


Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35

Posted by: | Posted on: February 24, 2019

23 Februari 2019, Negara Brunei Darussalam telah meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 (HK35). Acara yang gilang-gemilang dan penuh bersemangat ini diadakan di Tamam Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien, BSB bertemakan ‘Menjayakan Wawasan Negara’.

Read More …


Sambutan Tahun Baharu Cina di SMCH,BSB

Posted by: | Posted on: February 18, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa, telah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 Februari yang lalu. Sambutan ini diadakan bagi menunjukkan rasa berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbangkan derma kepada pihak sekolah. Derma ini dikumpul melalui rombongan tarian singa sekolah ini. Hasil derma daripada masyarakat Brunei ini, akan digunakan untuk memperbaharui kemudahan dan perkakas di Sekolah Chung Hwa serta untuk manfaat pelajar-pelajar di sekolah ini. Selain itu, sambutan ini juga diadakan bagi mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat Cina.

Read More …


Sambutan Tahun Baharu Tionghoa di Tadika SMCH BSB

Posted by: | Posted on: February 17, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah menyambut Tahun Baharu Tionghoa pada hari Khamis, 14 Februari 2019. Acara ini bermula dengan nyanyian lagu kanak-kanak dan diikuti dengan bacaan puisi dalam Bahasa Mandarin, diikuti dengan persembahan tarian oleh guru-guru dan murid-murid Tadika.

Read More …


Pelajar Cemerlang GCE Peringkat ‘O’ Berkongsi Rahsia Kejayaan Beliau

Posted by: | Posted on: February 15, 2019

Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Sekolah Menengah Chung Hwa yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun telah berjaya memupuk ramai pelajar yang berbakat dan cemerlang.

Read More …


Lawatan Pemangku Pengetua dan Ketua Unit Pengambilan Pelajar Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura

Posted by: | Posted on: February 13, 2019

Pemangku Pengetua bersama-sama ketua unit pengambilan pelajar Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura telah melawat ke Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. untuk membincangkan pengambilan dan memilih pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut. Lawatan ini berlangsung selama tiga hari sejak 12 – 14 Februari 2019 bertujuan untuk menemuduga 10 orang pelajar cemerlang yang berkelayakan dan memberi tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam Progam IB yang setaraf dengan peringkat A.

Read More …


2019 Jadual Waktu Ujian 1 / Ujian Kelayakan / Penilaian Berkala (Tahun 1 ~ 11)

Posted by: | Posted on: February 2, 2019

Read More …


Liu Jia Hui Mendapat 11A Dalam Peperiksaan GCE O Level 2018

Posted by: | Posted on: January 31, 2019

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level dan Peperiksaan IGCSE Oktober/November Tahun 2018 pada 29 Januari 2019. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan sekali lagi menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan 31 orang pelajar mendapat sekurang-kurangnya 5A.

Read More …


Hari Pendaftaran Kokurikulum SMCH 2019

Posted by: | Posted on: January 26, 2019

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan hari pendaftaran kokurikulum pada 25 Januari 2019. Pendaftran yang diadakan pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi dihadiri oleh pelajar-pelajar bahagian rendah dan menengah. Sebanyak 29 buah kelab dan aktiviti kokurikulum telah dibuka kepada pelajar dan mereka diberi peluang untuk memilih kelab yang bersesuaian dengan kemahuan dan minat masing-masing.

Read More …