Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35
Posted by: admin | Posted on: February 24, 201923 Februari 2019, Negara Brunei Darussalam telah meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 (HK35). Acara yang gilang-gemilang dan penuh bersemangat ini diadakan di Tamam Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien, BSB bertemakan ‘Menjayakan Wawasan Negara’.
Sambutan Tahun Baharu Cina di SMCH,BSB
Posted by: admin | Posted on: February 18, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa, telah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 Februari yang lalu. Sambutan ini diadakan bagi menunjukkan rasa berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbangkan derma kepada pihak sekolah. Derma ini dikumpul melalui rombongan tarian singa sekolah ini. Hasil derma daripada masyarakat Brunei ini, akan digunakan untuk memperbaharui kemudahan dan perkakas di Sekolah Chung Hwa serta untuk manfaat pelajar-pelajar di sekolah ini. Selain itu, sambutan ini juga diadakan bagi mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat Cina.
Sambutan Tahun Baharu Tionghoa di Tadika SMCH BSB
Posted by: admin | Posted on: February 17, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah menyambut Tahun Baharu Tionghoa pada hari Khamis, 14 Februari 2019. Acara ini bermula dengan nyanyian lagu kanak-kanak dan diikuti dengan bacaan puisi dalam Bahasa Mandarin, diikuti dengan persembahan tarian oleh guru-guru dan murid-murid Tadika.
Pelajar Cemerlang GCE Peringkat ‘O’ Berkongsi Rahsia Kejayaan Beliau
Posted by: admin | Posted on: February 15, 2019Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Sekolah Menengah Chung Hwa yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun telah berjaya memupuk ramai pelajar yang berbakat dan cemerlang.
Lawatan Pemangku Pengetua dan Ketua Unit Pengambilan Pelajar Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura
Posted by: admin | Posted on: February 13, 2019Pemangku Pengetua bersama-sama ketua unit pengambilan pelajar Sekolah Antarabangsa Hwa Chong, Singapura telah melawat ke Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. untuk membincangkan pengambilan dan memilih pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut. Lawatan ini berlangsung selama tiga hari sejak 12 – 14 Februari 2019 bertujuan untuk menemuduga 10 orang pelajar cemerlang yang berkelayakan dan memberi tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam Progam IB yang setaraf dengan peringkat A.
2019 Jadual Waktu Ujian 1 / Ujian Kelayakan / Penilaian Berkala (Tahun 1 ~ 11)
Posted by: admin | Posted on: February 2, 2019Liu Jia Hui Mendapat 11A Dalam Peperiksaan GCE O Level 2018
Posted by: admin | Posted on: January 31, 2019Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level dan Peperiksaan IGCSE Oktober/November Tahun 2018 pada 29 Januari 2019. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan sekali lagi menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan 31 orang pelajar mendapat sekurang-kurangnya 5A.
Hari Pendaftaran Kokurikulum SMCH 2019
Posted by: admin | Posted on: January 26, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan hari pendaftaran kokurikulum pada 25 Januari 2019. Pendaftran yang diadakan pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi dihadiri oleh pelajar-pelajar bahagian rendah dan menengah. Sebanyak 29 buah kelab dan aktiviti kokurikulum telah dibuka kepada pelajar dan mereka diberi peluang untuk memilih kelab yang bersesuaian dengan kemahuan dan minat masing-masing.
Taklimat Kepada Ibu Bapa Tahun Satu
Posted by: admin | Posted on: January 22, 2019Pada 18 Januari 2019, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa bagi Tahun satu dan lebih daripada 180 orang ibu bapa telah menghadiri taklimat tersebut.
Pertandingan Kaligrafi Bahasa Cina
Posted by: admin | Posted on: January 20, 2019Pada 18 Jan 2019, telah diadakan satu Pertandingan Kaligrafi Bahasa Cina bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina. Dalam pertandingan ini, seramai 58 orang telah diumumkan sebagai pemenang. Tujuan Jabatan Bahasa Cina, Sekolah Menengah Chung Bandar Seri Begawan menganjurkan pertandingan ini adalah untuk mempromosikan seni kaligrafi Cina yang unik dan menghidupkan seni kaligrafi Cina dalam kalangan generasi muda. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah menarik perhatian para pelajar, guru, bekas pelajar (alumni) dan orang ramai. Seramai 236 pencinta kaligrafi telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.




