Posted by: admin | Posted on: August 19, 2021
Pertandingan Nyanyian Bintang Jabatan Bahasa Melayu, SMCH BSB
Posted by: admin | Posted on: July 26, 2021Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dengan jayanya mengadakan Pertandingan Nyanyian Bintang Jabatan Bahasa Melayu pada hari ini bertempat di Dewan Boon Pang. Kejayaan ini adalah seratus peratus kejayaan bersama dan kerjasama semua guru Jabatan Bahasa Melayu yang diketuai oleh Puan Tan Been Tiem dan Awang Beh Hai Yau selaku penasihat pertandingan.
Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan Tahun 2020
Posted by: admin | Posted on: July 13, 2021Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan pada 10 Julai 2021 bertempat di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.
Dayang Lim Bei En Menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu Semasa Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa
Posted by: admin | Posted on: July 5, 2021Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan seluruh lapisan masyarakat terhadap Bahasa Melayu yang diakui mampu membina peradaban dan ketamadunan bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2021 di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.
Pameran Buku dan Kaligrafi Cina
Posted by: admin | Posted on: May 18, 2021Seramai 25 orang pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah menyaksikan pameran buku dan tulisan Kaligrafi Cina yang dianjurkan oleh Persekutuan Seni dan Kesenian Cina Brunei pada 16 Mei 2021. Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan budaya Cina, memperkenalkan penulis dan karya Cina Brunei, mempromosikan seni khat dan memperkenalkan tulisan khat tempatan. Terdapat 7 gerai pameran utama, termasuk seni khat, lukisan, ukiran, seni teh, fotografi dan pameran buku.
2021 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SMCH
Posted by: admin | Posted on: May 13, 2021Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan dan Penyampaian Derma Kepada Anak Yatim Bagi Pelajar-Pelajar SMCH, BSB
Posted by: admin | Posted on: May 10, 2021Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim merupakan aktiviti tahunan Jabatan IRK, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Majlis tersebut disertai oleh para pegawai dan guru-guru ugama Jabatan IRK, guru-guru Jabatan Bahasa Melayu, guru-guru Jabatan MIB yang menghabiskan bacaan 30 Juzuk al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan mengikut pembahagian Juzuk masing-masing.







