Keputusan Pertandingan ICAS Matematik Cemerlang
Posted by: admin | Posted on: January 17, 2020Sekolah Menengah Chung Hwa telah turut serta dalam pertandingan International Competition and Assessments for school (ICAS) bagi mata pelajaran Matematik yang telah melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah pada tahun 2019 yang lalu. Keputusan pertandingan baru diumumkan dan para pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa telah memperolehi keputusan yang cemerlang dengan memenangi 3 pingat emas dan 4 Anugerah Merit dalam pertandingan tersebut.
Pesanan Pengetua semasa Orientasi Untuk Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
Posted by: admin | Posted on: January 7, 2020Sekolah Menengah Chung Hwa mengadakan orientasi tahun baharu sekolah ini pada 6 Januari 2020, bertujuan untuk membimbing para pelajar untuk menerapkan tabiat yang baik, menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan peningkatan kualiti yang komprehensif dan mewujudkan permulaan yang baik di sekolah bagi tahun baharu.
SMCH, BSB dan Ma’had Islam Brunei Raih Anugerah Merit dalam Pertandingan Berprestij APICTA 2019
Posted by: admin | Posted on: December 16, 2019Sekolah Menengah Chung Hwa (BSB) dan Ma’had Islam Brunei berjaya mengharumkan nama negara dengan pencapaian dua anugerah merit dalam Anugerah Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2019 yang diadakan pada 18 November hingga 22 November 2019 di Ha Long Bay, Hanoi, Viet Nam.
Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Rendah
Posted by: admin | Posted on: November 26, 2019Pertandingan ini dianjurkan oleh Syarikat Rong Mei dengan kerjasama Sekolah Menengah Chung Hwa. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam mewarna dan melukis di samping mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam bidang seni lukis.
Perjumpaan Ibu Bapa Sekolah Tadika
Posted by: admin | Posted on: November 26, 2019Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa telah berjaya mengadakan perjumpaan ibu bapa pada hujung tahun ini. Perjumpaan tersebut memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga memahami prestasi pencapaian anak-anak mereka di tadika. Perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak serta lebih memahami dari segi pembelajaran dan pengajaran di tadika sepanjang tahun ini.
SMCH,BSB Muncul Juara bagi Kedua-dua Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
Posted by: admin | Posted on: November 21, 2019Pada 16 November 2019, seramai 5 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, telah melayakkan diri untuk berentap di pertandingan akhir pidato Bahasa Melayu. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Hokkien Brunei Darussalam bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-21 persatuan tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat bagi pertandingan yang berlangsung di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei (RTB) itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Hari Terbuka Tadika SMCH, BSB
Posted by: admin | Posted on: November 20, 2019Pada 15 November tahun ini, Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan hari terbuka. Antara tujuan hari terbuka ini diadakan adalah sebagai usaha untuk membolehkan murid baru menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran tadika seawal mungkin. Hari terbuka ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana seramai 400 orang telah hadir dengan anak-anak untuk membuat pendaftaran dan mengetahui semua aktiviti serta kemudahan yang terdapat di tadika ini.
Persatuan Di Zi Gui mengadakan Program Nilai-nilai Murni bagi Murid Tahun 6
Posted by: admin | Posted on: November 16, 2019Murid-murid Tahun 6 telah mengikuti Program Nilai-nilai Murni yang dianjurkan oleh Persatuan Di Zi Gui. Tujuan program ini diadakan untuk menyediakan platform dan agar pelajar memahami nilai-nilai murni yang perlu diamalkan.
Bengkel Teknologi Maklumat
Posted by: admin | Posted on: November 15, 2019Bengkel Teknologi Maklumat (IT) Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (UCTS) telah diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan pada 11 November 2019 bersamaan hari Isnin bermula jam 10 hingga 11.30 pagi. Bengkel tersebut telah disertai oleh 35 orang pelajar Tahun sembilan aliran sains.
Pengajaran Teknik Kraftangan Dan Penyediaan Minuman Daripada Guru Dari Universiti Dayeh
Posted by: admin | Posted on: November 13, 2019Baru-baru ini, guru dan pelajar dari Universiti Dayeh, Taiwan telah datang ke Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan untuk mengajar pelajar di sekolah tersebut tentang teknik kraftangan dan cara menyediakan minuman segar.




